Zul Ariffin Mahu Jumpa Pakar Selepas Dukung Elizabeth Tan..Ini Yang Terjadi Buat Ramai Terkejut

Zul Ariffin Mahu Jumpa Pakar Selepas Dukung Elizabeth Tan..Ini Yang Terjadi Buat Ramai Terkejut

PELAKON sensasi Zul Ariffin memberitahu dia mungkin terpaksa berjumpa dengan pakar kiropraktik yang memfokuskan kepada masalah berkaitan sakit belakang dan sendi selepas dia mendukung penyanyi Elizabeth Tan ketika berada di lokasi penggambaran drama Misteri Dilaila baru-baru ini.Zul, 32, menerusi InstaStory di Instagram dalam mesejnya gurauannya kepada Elizabeth berkata, dia berkemungkinan perlu berjumpa dengan kiropraktik dua kali dalam seminggu akibat perkara itu.

Zul dan Elizabeth Tan berlakon dalam Misteri Dilaila.

“Terima kasih Lizzie jadi penyeri di set #misteridilaila dan kerana dukung you, temu janji I dengan chiropractor dah jadi dua kali seminggu. Sweet kan?,” tulisnya di InstaStory.Mesej itu dibuat Zul sebagai ucapan selamat tinggal kepada penyanyi lagu Knock Knock yang sudah menyelesaikan penggambaran drama itu.Baru-baru ini, video memperlihatkan Zul mendukung Elizabeth tular di laman sosial sehingga ada menyarankan agar mereka menjadi pasangan kekasih memandangkan kedua-dua mereka belum berpunya.

Bagaimanapun ada juga menyelar tindakan pelakon bertubuh sasa itu kerana menyifatkan perbuatannya tidak sopan.Dalam pada itu, menerusi mesej sama, Zul juga berharap dapat kembali bekerjasama dengan Elizabeth dan meminta penyanyi itu mengambilnya sebagai pelakon dalam muzik videonya nanti.

“Muzik video baru kalau tak panggil I siap!,” tulisnya lagi.

SUMBER

“Apa benda yang Fathia tak muat naik?” – Zul Ariffin

TINDAKAN pelakon Fathia Latiff memuat naik foto Zul Ariffin bersama Elizabeth Tan di laman Instagram, baru-baru ini mengundang persoalan netizen.Bagaimanapun, Zul berkata dia tidak terkejut dengan tindakan Fathia memandangkan dia sudah lama mengenali pelakon kontroversi itu.”Apa benda saja yang Fathia tak muat naik, semua benda dia nak muat naik (di laman sosial).”Saya dah kenal Fathia lama tapi tak tahu apa agenda dia muat naik foto saya dan Elizabeth Tan itu. Apa pun, saya okay sahaja,” katanya.

athia kongsi foto Zul dan Elizabeth.

Sementara itu, sebuah portal berita melaporkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berharap tidak ada pihak yang salah faham dengan perkongsian foto yang dimuat naik Fathia terutama kapsyen yang ditulis.Foto Zul bersama Lizzy itu dipercayai dirakam di lokasi penggambaran filem Misteri Dilailaarahan Syafiq Yusof di Bukit Fraser, Selangor.Fathia dipercayai membuat paparan skrin dan berkongsi foto yang sama namun memadam perkongsian itu setelah beberapa jam di muat naik.Sebelum ini, Zul menjadi bualan peminat selepas mengumumkan putus cinta dengan pelakon, Zahirah MacWilson.

SUMBER

Elizabeth Tan Profil dan Biodata (Penyanyi Knock! Knock!)

Biodata Elizabeth Tan 
Nama Sebenar : Elizabeth Tan Su Mei
Nama komersial: Elizabeth Tan
Tarikh Lahir: 18 November 1993
Tempat Lahir : Taman Melawati, Kuala Lumpur
Kerjaya: Penyanyi, model dan pelakon
Syarikat Naungan : Faithful Music Malaysia
Kemahiran: Bermain ukelele
Bangsa: Cina
Agama: Kristian
Adik-beradik: Anak bongsu dari 3 beradik
Pendidikan: Pernah menuntut di Dallas, USA selama 2 tahun
Binatang kesukaan: Kucing
Artis Kesukaan: John Mayer, Michael Buble, Bon Iver, Ray LaMontagne, Jose Rodriguez, Ben Howard, Norah Jones, Zee Avi, Yuna

Lagu hits: Knock! Knock!, Maafkan Aku, Magic!
Filem: Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Makhluk Muzium

Media Sosial
Instagram: https://instagram.com/elizabethtsm
Facebook: https://www.facebook.com/elizabethtsmfan
youtube.com/elizabethtsm
twitter.com/elizabethtsm

Trivia Elizabeth Tan
Pernah merakamkan album kanak-kanak ketika berumur 4 tahun
Membesar dengan nyanyian di gereja dan seisi keluarga suka menyanyi
Mempunyai seorang kakak dan seorang abang
Duta kepada produk MagicRED iaitu produk penjagaan wajah keluaran Zarra Sinar Puteri
Terkenal sebagai artis Youtube.

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*