Wanita NZ Mahu Pakai Tudung Untuk Tunjukkan Tanda Ini, Ramai Yang Menyokong. Keajaiban Bakal Berlaku Jumaat Ini

Rakyat di New Zealand nampaknya terus membuat dunia semakin mengagumi mereka apabila kali ini mereka muncul dengan satu inisiatif baru untuk menunjukkan solidariti kepada masyarakat Muslim di Chrisurch.

Menerusi perkongsian di Twitter, netizen dimaklumkan bahawa wanita di New Zealand bakal memakai hijab pada Jumaat ini (22 Mac 2019) sebagai tanda solidariti kepada wanita Muslim yang terlibat dalam tembakan di Chrisurch.

Buka account Facebook Scarves in Solidarity

Sehubungan dengan itu, satu akaun Facebook bernama Scarves in Solidarity juga diwujudkan dengan mempromosi pemakaian tudung pada Hari Hijab Nasional di New Zealand pada Jumaat ini.

“Kami mahu tunjukkan rasa cinta dan sokongan serta kesedihan atas kehilangan 50 orang ibu, ayah, kanak-kanak, teman sekerja dan rakan lepas serangan pengganas pada Jumaat lalu di Chrisurch.

“Saya dengar tentang kisah wanita yang ketakutan sorok di rumah, terlalu takut untuk keluar ke jalanan kerana dia takut tudung akan dianggap sebagai target kepada keganasan.

“Kami cuma nak cakap ‘kami bersama anda, kami mahu anda merasa seperti di rumah anda sendiri semasa di jalanan, kami cinta, sokong dan menghormati anda,” kata kumpulan ni di laman Stuff.

“Saya akan pakai tudung. Kepada haters yang rasa perkara ini hanya ‘a Muslim thing’, ia sebenarnya salah satu cara untuk menunjukkan rasa hormat”

Sungguhpun ada di kalangan haters yang menganggap acara memakai tudung ini adalah satu perkara yang tak perlu dilakukan dan keterlaluan, kebanyakan rakyat New Zealand sebenarnya sangat menyokong solidariti ini.

Rata-rata tidak sabar nak mengenakan hijab dan berharap program ini dapat menyebarkan cinta dan sokongan kepada masyarakat Muslim di New Zealand.

Admin terharu sangat dengan sokongan yang diberikan rakyat NZ sendiri terhadap Muslim di sana. Semoga kita semua terus kuat hadapi dugaan keganasan dunia yang kian melampau. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*