[VIDEO] Pembantu Menjerit Minta Tolong, Tapi Majikan Hanya Melihat Sambil Ketawa Bukan Nak Membantu Tapi Merakamnya Jatuh.

Pembantu tersebut terselamat dari maut kerana mendarat di atas bumbung yang diperbuat dari logam.

Planet Merdeka – Seorang wanita ditangkap oleh polis Kuwait kerana merakam pembantunya yang jatuh dari lantai atas. Penangkapan dilakukan kerana wanita yang sama dituduh kerana melihat sahaja keadaan pembantu yang sempat menjerit meminta tolong kepada majikannya. Wanita yang ditangkap dipercayai seorang warga negara Kuwait. Sementara pembantunya yang jatuh dari lantai atas berasal dari Ethiopia.

Video hasil rakaman wanita tersebut berdurasi 12 saat dan kini viral di Twitter. Dalam video yang bersangkutan, pembantu rumah menjerit meminta tolong sambil berpegangan pada bingkai jendela. Namun bukannya menolong, malah majikan hanya memerhati sambil merakam pembantu dia yang hanya bergayut sebelah tangan pada jendela.

Di akhir video, pembantu terlepas dari pegangannya dan jatuh ke bawah sambil menjerit dengan kuat. Namun umur dia masih panjang dan terselamat dari maut kerana mendarat diatas bumbung yang terbuat dari logam. Pembantu tersebut kemudian terus dihantar ke hospital.

Pemeriksaan yang dilakukan pada dirinya oleh doktor mendapati pembantu rumah berkenaan menderita patah tulang lengan dan pendarahan di telinga serta hidungnya.

Pembantu tersebut berniat untuk membunuh diri sebelum berubah fikiran dan sempat mencapai jendela sebelum jatuh ke bawah. Pembantu ini cuba membunuh diri akibat daripada tindakan majikan yang mendera dari segi mental dan fizikal.

Namun ia mendadak berubah pikiran dan meminta pertolongan sebelum benar-benar terjun ke bawah. Lembaga Hak Asasi Kuwait meminta kepada pihak polis Kuwait untuk menyiasat kes ini dan membuat pertuduhan di mahkamah.

Kuwait merupakan negara kaya minyak yang kerap dimasuki oleh para pekerja asing. Setidaknya ada sekitar 600 ribu pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara teluk tersebut. Kebanyakan dari mereka yang mengalami penderaan dari segi mental dan fizikal sert pembayaran gaji yang bermasalah dari majikannya.

VIDEO

SUMBER : http://dakviral.com/

Artikel Menarik Seterusnya…

Lelaki Ini ‘Prank’ Teman Wanitanya Dengan Meletakkan Viagra Di Dalam Minumannya Secara Rahsia

Ubat perangsang berfungsi untuk membantu hormon setiap individu untuk meningkatkan tahap keghairahan seseorang, baik lelaki mahupun wanita. Kesannya boleh dilihat hanya beberapa minit- degupan jantung semakin kencang, badan semakin hangat dan perasaan seksual semakin meningkat.

Seorang lelaki baru-baru ini telah berjaya melakukan ‘prank’ terhadap teman wanitanya dengan memberikan teman wanitanya itu ubat perangsang secara rahsia. Tidak cukup dengan itu, beliau turut merakamkan setiap detik-detik ‘cemas’ itu  dan memuat naik video tersebut ke laman media sosial.

Ryan Hamilton yang berasal dari Amerika Syarikat telah memberi kejutan kepada pasangannya dengan meletakkan ubat perangsang didalam minumannya.

Ubat perangsang tersebut dapat dilihat kesannya hanya beberapa minit sahaja. Keghairahan teman wanitanya itu semakin meningkat, lalu mencium teman lelakinya ketika ‘stuck’ dalam traffic jam.

Tidak cukup dengan itu, teman wanita itu turut dilihat melakukan pelbagai aksi pelik bagi mendapatkan perhatian teman lelakinya itu. Jom kita lihat video prankyang dilakukan teman lelaki ini kepada aweknya.

Tapi admin tengok macam berlakon je.. sape ade pengalaman cer share sket betul ke jadi cenggitu?

Pil Viagra – Ramai tidak hirau kesan sampingan
Mukadimah
MALAYSIA adalah antara negara pengguna terbesar pil Viagra dengan 40,000 orang mendapat priskripsi ubat ini secara tetap.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk jumlah mereka yang menyalahgunakan pil berkenaan.

Viagra – ubat perangsang seks menarik perhatian ramai lelaki terutama yang muda untuk menggunakannya walaupun ia tidak baik untuk kesihatan.

Persoalannya, apakah penggunaan meluas pil Viagra di kalangan lelaki Malaysia disebabkan faktor kesihatan atau kerana kepentingan komersial.

Wartawan Keluarga, Roslah Othman membuat tinjauan sejauh mana kisah Viagra yang dikatakan mampu meningkatkan rangsangan seks mempengaruhi lelaki negara ini.

(keluarga@utusan.com.my)
PADA tahun 1997 dan 1998, jumlah lelaki yang mengalami masalah mati pucuk (erectile dysfunstion) atau ED mencecah kepada 1.7 juta orang. Menurut Ketua Klinikal Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Mohd. Ismail Thamby, daripada jumlah itu, hanya enam peratus lelaki mendapatkan rawatan doktor.

“Apabila usia meningkat, makin banyak masalah ED dan masalah ini memang agak ketara.

“Tetapi kita dapati, hanya enam peratus lelaki mendapatkan rawatan doktor untuk mengatasi masalah itu,” katanya.

Dalam satu pertemuan dengan Keluarga baru-baru ini, beliau berkata, LPPKN pernah mengadakan kajian untuk melihat kadar mati pucuk di kalangan mereka berumur lebih 40 tahun pada tahun 1997.

Kajian itu diadakan dengan kerjasama Frank Small & Associate dan juga pakar dari New England Research Institut di Boston.

“Hasilnya, kita mendapati 1.7 juta lelaki negara ini yang berumur 40 tahun ke atas mengalami ED,” katanya.

Dr. Mohd. Ismail memberitahu, ia dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama, lelaki berkenaan tidak mendapat ereksi sekali sekala. Fasa kedua, sering tidak mendapat ereksi dan fasa ketiga, langsung tidak menunjukkan ereksi.

Bagi tahap pertama, sejuta lelaki dikenalpasti mengalami masalah itu manakala tahap kedua dan ketiga membabitkan 600,000 orang.

“Ini adalah kajian komuniti dan dilakukan melalui temubual telefon dan perbincangan secara bersemuka,” jelasnya.

Menyentuh mengenai pengambilan pil viagra di kalangan mereka yang mengalami masalah ED, Dr. Mohd. Ismail berkata, ubat yang mendapat sambutan di seluruh dunia itu memerlukan preskripsi doktor.

“Bagi orang yang tidak ada masalah kesihatan, ubat ini selamat dan tidak memudaratkan. Mungkin kalau adapun, enam hingga tujuh peratus pengambilnya pada peringkat awal akan mengalami kebengangan,” katanya.

Dr. Mohd. Ismail menambah, bagi yang mengalami kencing manis yang tidak terkawal akan mengalami gangguan penglihatan dan ada sebilangan kecil satu hingga dua peratus mengalami kehangatan pada bahagian dahi.

“Sebilangan kecil juga akan berasa seolah-olah hidung tersumbat,” ujarnya.

Pil Viagra satu ketika dulu digunakan oleh penghidap sakit jantung bagi membuka saluran darah di jantung sebelum ia digunakan untuk merangsang syahwat .

“Bayangkan keadaan kalau seseorang lelaki itu makan ubat untuk sakit jantung yang ada nitrat, ambil pula Viagra, ia menjadikan kesan yang berganda kepada jantung dan kemungkinan besar jantung mengembang dan seterusnya mendapat serangan jantung,” tegasnya.

Beliau memberitahu, pesakit yang mengambil ubat nitrat untuk mengurangkan sakit dada lebih berisiko tinggi apabila mengambil Viagra.

Jelasnya, campuran kedua-dua ubat itu boleh menyebabkan strok atau serangan jantung serta kematian, termasuk kepada pesakit jantung yang tidak mengambil nitrat. Sementara itu, dalam hubungan kelamin pula, kata Dr. Mohd. Ismail, ia memerlukan stamina dan tenaga.

“Kalau lelaki itu sudah berumur dan tidak ada tenaga bagaimana hubungan kelamin hendak dilakukan. Mengambil Viagra tanpa mengetahui kemampuan kemungkinan besar boleh menyebabkan kematian,” tegasnya.

Ditanya pandangannya mengenai fenomena pengambilan pil Viagra di kalangan lelaki yang sihat, katanya, ia semata-mata mencari keseronokan ketika melakukan hubungan seks.

“Keinginan untuk mencuba menjadi faktor peningkatan jumlah pengambilan pil berkenaan di Malaysia. Jika sebelum ini lelaki yang mengalami masalah ED mengambil Viagra sebagai rawatan alternatif bagi membantu masalah yang dihadapi, kini ia menjadi pilihan bagi lelaki sihat pula,”ujarnya.

Dengan mengambil pil tersebut ia dipercayai dapat meningkatkan keupayaan tenaga dan nafsu terutama ketika melakukan hubungan seks.

Perkembangan itu, kata Dr. Mohd. Ismail sebenarnya membimbangkan terutama dalam masyarakat yang lebih terbuka dan permisif.

“Viagra mungkin dianggap sebagai bahan rekreasi oleh sesetengah pihak, iaitu digunakan untuk berseronok-seronok oleh mereka yang tidak mengalami ED,” jelasnya.

Bagi pesakit ED pula, Viagra telah membuka satu lembaran baru dalam kehidupan mereka sehingga banyak pula karenah lain timbul.

Dr. Mohd.Ismail tidak menafikan keghairahan mengenai seks di kalangan masyarakat semakin ketara, malah ada yang tidak segan silu bercerita mengenai kelakian masing-masing ketika bersama pasangan kepada rakan-rakan lain.

“Lantaran menganggap alat sulit mereka sebagai senjata paling hebat, juga lambang kelelakian dan keupayaan, mereka sanggup berbuat apa sahaja demi memuaskan diri mahupun pasangan,” katanya.

Malah bukan sesuatu yang menghairankan jika terdapat segelintir lelaki yang menggunakan alat-alat seperti bulu ayam, bebola kecil, getah dan sebagainya semata-mata mahu memuaskan diri dan pasangan.

“Keegoan lelaki tidak sekadar dilihat daripada tingkah laku dan perbuatan mereka sahaja. Paling ketara ketika mengadakan hubungan seks dengan pasangan.

“Biasanya mereka mahu dilihat sebagai seorang yang hebat atau mahu dikenang selama-lamanya terutama ketika bersama pasangan di ranjang,” ujarnya.

Malah katanya, demi mempertahankan keegoan agar tidak musnah ada yang sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan sampingan lain

Sumber : utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*