(VIDEO) Nonny Nadirah Sempat Video Call Ketika Bapa Dikebumikan

Sudah lama tidak mendengar khabar berita mengenai pelakon Nonny Nadirah sejak beberapa bulan yang lalu. Terbaru, Nonnydikhabarkan baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta dan disebalik pemergian ayahnya itu, Nonny meluahkan perasaannya di Instagram

Tidak Sempat Lihat Wajah Ayah Buat Kali Terakhir

Nonny melalui Instagramnya meluahkan rasa sedih yang teramat kerana tidak berkesempatan untuk menatap wajah ayah kesayangannya itu buat kali terakhir. Menurut Nonny, sejak menerima perkhabaran sedih itu, beliau dan adiknya berusaha untuk mencari tiket kapal terbang untuk pulang ke kampung namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana tiket yang ada hanyalah di waktu petang dan ketika mereka tiba di kampung segala urusan telah pun selesai dan arwah bapanya selamat dikebumikan.

Tekilan Dituduh Sengaja Tidak Hadiri Pengebumian

Kesedihan beliau bertambah apabila sebaik saja tiba di kampung halaman, terdapat pula segelintir yang mempersoalkan ketiadaan beliau di upacara pengebumian arwah bapanya seolah-olah Nonny sengaja berbuat demikian.
“Sakit sangat sangat.. aku redha.. tapi… aku x sempat jumpa.. Ya Allah rasa sakit & sedih tu sampai skrg.. time kerja,time tgh sembang,tgh gelak,tgh driving, bila2 masa lah.. airmata tu sendiri jatuh x henti.. aku nak jumpa.. tapi x sempat… mama… kenapa sakit sgt… aku rasa mcm arwah masih ada.. dari pagi aku & adik aku cari flight utk blk kampung,petang baru dpt.. sampai je semua dah selesai.. orang boleh ckp ”eh bapa kau meninggal apsal x balik?” diorg xtau mcm mana payah aku pegi cari tiket nak blk sbb masa tu semua flight dah full..bukan 1 airport aku pegi,check online,semua aku cari..tapi org boleh ckp mcm tu..diorg xtau cerita sebenar.. aku sempat video call je.. sedih kan?..petanda yg sgt sakit,masa tu tgh shooting cerita Cinta Hati Abah..Lagu ni sgt bermakna buat aku,aku buat mmg utk arwah..terima kasih akak..terima kasih abg…aku kerja jauh dari keluarga,aku dtg sini cari rezeki utk tlg keluarga aku.ada dua : arwah nenek & arwah bapa.. aku x sempat jumpa…
Allahu akbar

Astaghfirullahal’adzim

Al-FATIHAH …………….”
Untuk Nonny, kami di Viralkami.com ingin ucapkan salam takziah buat anda sekeluarga dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah

sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*