(VIDEO) Ayah Sudi Ambil Siti Kasim Sebagai Isteri Kalau Masih Belum Bersuami – Rani Kulup

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah, Abdul Rani Kulup Abdullah dalam sebuah video telah menyatakan kesudiannya untuk memperisterikan peguam dan juga aktivis LGBT, Siti Zabedah Kasim sebagai isterinya.

Berdasarkan video live yang dimuatnaik ke laman Facebook itu, Rani Kulup atau lebih mesra dipanggil Ayah yang sudah pun memiliki dua isteri itu telah menyeru supaya netizen tidak terus mengutuk dan menghina peguam berkenaan.

“Siti Kasim jangan kau kutuk, janganlah kau hina dia, dia pun manusia macam kita juga yang memerlukan kasih sayang.

“Ayah kan cinta wanita, seandai kata Siti Kasim ni.. tak ada masalah bagi Ayah, Ayah boleh ambil dia sebagai isteri, kalau dia tiada suamilah, kalau ada suami tak bolehlah kan,” katanya sambil tergelak.

Video live itu dimuatnaik adalah untuk menjawab khabar angin yang berlegar sebelum ini di mana ada individu mendakwa beliau adalah suspek ditahan polis kerana membuat ancaman rogol dan bunuh ke atas Siti Kasim.

Di dalam video itu juga beliau menyeru netizen supaya berhenti menghina dan mengutuk selain mendoakan agar Siti Kasim berubah dan kembali ke pangkal jalan.

“Kita doakan dia supaya siti kasim ni terbuka hati dia balik semula ke pangkal jalan, kita doa.

“Ayah doa Siti Kasim lembut hati, sentiasa muhasabah diri sentiasa kesal atau menyesal apa dia buat. Jangan kutuk dia kita doakan dia supaya dia lembut hati. manusia ini boleh berubah,” katanya lagi.

Apa yang menarik sekali satu titipan ayat dari ayah kepada Siti Kasim, “Asalkan nama Siti Kasim, I love you, ok Siti Kasim… kipidap, dongibab.”

Sumber :- siakapkeli

<seterusnya>>

KENALI PERSONALITI DIRI MELALUI BUNGA PILIHAN NALURI ANDA. ANDA PASTI TERKEJUT DENGAN PILIHAN ANDA

Kenali personaliti diri melalui bunga pilihan naluri anda

Peringatan, jangan melihat jawapannya dahulu.

Jika anda sudah pilih, mari lihat jawapan kepada bunga pilihan anda!

Pilihan bunga A.

Personaliti luaran:

  • Anda adalah orang yang sangat praktikal, tidak berlagak kerana anda juga tidak suka ditipu.
  • Apabila anda berjanji tentang sesuatu, anda akan lakukan dengan baik.
  • Anda sangat menjaga kawan walaupun berlainan jantina dan sering mencipta suasana romantis. Disebab kan itu, anda mudah mendapat ramai kawan yang berlainan jantina.

Personaliti dalaman:
Anda tidak suka menerangkan, kerana bagi anda terlalu banyak penjelasan akan menyebabkan orang lain menambah – nambah keterangan lebih lanjut pada kata-kata anda dan akan memberikan makna yang lain kepada kata – kata anda itu. Hal ini hanya akan mengeruhkan keadaan. Oleh itu apabila anda menghadapi konflik, anda akan tarik diri atau tidak mahu memberi penjelasan terlalu banyak.
Personaliti anda terhadap cinta:

  • Anda tidak pandai mengungkapkan perasaan anda sendiri.
  • Apabila anda menghadapi kekecewaan, anda akan menyerah diri dan malu. Namun anda masih boleh bercakap secara normal tanpa teragak-agak dengan orang lain.
  • Anda terlalu prihatin terhadap perasaan pasangan walaupun dia telah mengecewakan anda dan anda masih berusaha untuk menjadi pasangan ideal nya.

Pilihan bunga B.
Personaliti luaran:

  • Anda bersemangat dan sangat imaginatif. Setiap kali anda dan rakan-rakan membincangkan mengenai sesuatu projek, anda sering muncul dengan imaginasi yang luar biasa.
  • Rakan-rakan berfikir bahawa anda adalah orang yang sangat penyayang kerana sering memberi perhatian kepada sesiapa yang berada dalam keadaan ‘angin’ tidak baik.

Personaliti dalaman:
Walaupun anda kelihatan tenang dan bertenaga tetapi sebenarnya anda mahu kawan anda memberi perhatian lebih kepada anda atau menggalakkan anda, kerana anda selalu berfikir bahawa anda sangat kesepian.
Personaliti anda terhadap cinta:

  • Anda sering merasa sukar untuk membuka mulut anda untuk menyatakan perasaan anda sendiri.
  • Untuk orang yang anda minati, anda sentiasa mengagumi dan mengingat nya di dalam hati. Hal ini telah menyebabkan anda sering kehilangan peluang.
  • Anda sangat pasif dan berharap untuk menemui pasangan yang lebih mengambil inisiatif untuk memulakan hubungan.
  • Namun demikian, yang baiknya ialah anda sangat setia pada cinta!

Pilihan bunga C.
Personaliti luaran:

  • Anda mempunyai hati yang mudah belas kasihan dan simpati kepada orang lain.
  • Anda sering menjaga orang lain malah sanggup berjuang untuk mempertahankan orang lain juga.
  • Anda mempunyai rasa keadilan dan tanggungjawab yang tinggi.

Personaliti dalaman:

  • Orang lain sering mengambil kesempatan ke atas anda kerana sifat simpati anda itu.
  • Anda juga sangat mudah ditipu oleh orang lain.
  • Anda sering membuat perkara mudah menjadi rumit.

Personaliti anda terhadap cinta:

  • Suka bermaksud suka, benci bermaksud benci. Jika anda suka bermaksud anda benar-benar menyukainya. Jika anda tidak suka bermaksud anda benar-benar tidak menyukainya.
  • Anda seorang yang mudah menyatakan perasaan anda sendiri dan menyebabkan orang lain agak takut dengan anda.

Pilihan bunga D.
Personaliti luaran:

  • Anda seorang yang lucu.
  • Anda pasti seorang yang pandai berkata – kata.
  • Anda mempunyai ramai kawan kerana anda ialah orang yang boleh dipercayai dan mereka suka berkawan dengan anda.

Personaliti dalaman:

  • Anda sering menyesali keputusan yang anda buat.
  • Anda merupakan seorang yang tidak tentu arah (sukar mencari jalan penyelesaian) dan sering berharap orang lain akan memberi sokongan kepada anda.

Personaliti anda terhadap cinta:

  • Anda sering menghidupkan suasana ceria dengan sikap anda yang lucu itu.
  • Anda lebih mudah berkawan dengan orang yang berlainan jantina dan sering berjumpa dengan orang yang mempunyai sifat yang sama seperti anda.
  • Namun begitu, anda tidak akan berpasangan dengan mereka (orang yang mempunyai sifat yang sama seperti anda).

sumber Era Baru

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*