Ular Tedung Selar Gergasi ‘Lepak’ Dalam Almari

Yala: Seorang wanita yang baharu selesai mengemas biliknya di rumahnya mungkin tidak dapat melupakan pengalaman ditemani seekor ular tedung selar yang menumpang berteduh di tepi almari dalam biliknya.

Dia yang terperanjat selepas terserempak dengan ular sepanjang 12 meter dan anggaran berat 12 kilogram itu bergegas keluar untuk mendapatkan bantuan.

Anggota kakitangan penangkap ular berkata, wanita itu panik selepas terlihat seekor ular di dalam almari bilik tersebut.

“Selepas wanita itu siap mengemas. dia mengambil tuala untuk mandi dan ketika itu terdengar bunyi dengusan ular dalam bilik berkenaan.

“Apabila diteliti wanita itu melihat sebahagian badan ular seperti tedung selar di tepi almari sebelum menjerit dan lari mendapatkan bantuan jiran,” katanya

Menurutnya, empat anggota dihantar ke lokasi dan pihaknya mengambil masa sekitar 45 minit untuk menangkap reptilia tersebut

Mereka menggunakan paip PVC yang diubahsuai untuk mengumpan ular berkenaan keluar dari tempat persembunyiannya

Saksikan Video Penuh Tersebut Di akhir Artikel;

Terdahulu Ular Selar Terbesar Ditangkap Anggota APM Malaysia

Kampar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular tedung selar sepanjang enam meter yang menjadikan kawasan di celah-celah susunan batu dan halaman rumah di Perkampungan Orang Asli Batu Berangkai, sebagai tempat persembunyian, semalam.

Pegawai APM Daerah, Kapten (PA) Jasri Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat, reptilia itu ditemui penduduk jam 11.15 pagi.

Menurutnya, ular itu ditemui melintas jalan di kampung itu menuju ke kawasan berbatu sebelum seorang penduduk menghubungi talian kecemasan.

“Kita difahamkan kelibat ular itu disedari penduduk sejak tiga hari lalu dan dalam tempoh itu mereka berjaga-jaga.

“Setakat ini, ular tedung selar berkenaan adalah yang paling besar pernah ditangkap di Kampar oleh APM,” katanya, semalam.

Katanya, empat anggota APM bergegas ke lokasi berkenaan dan mengambil masa lebih kurang 20 minit sebelum menangkap ular itu yang agresif.

Menurutnya, ular itu ditangkap menggunakan penjerut dan dimasukkan ke dalam sangkar khas dan dibawa pulang ke pejabat APM daerah untuk diletakkan ke dalam sangkar sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri Perak dalam tempoh terdekat.

Ular tedung selar dalam stor rumah

BALING: Seorang penduduk di Kampung Charok Putih, Siong di sini, terkejut apabila mendapati seekor ular tedung selar sepanjang lima meter berada di dalam stor rumahnya, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam, penduduk itu segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan.

Pegawai APM Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata pihaknya tiba di lokasi 15 minit kemudian dan mengesan kelibat ular tedung selar terbabit.

“Ular tedung selar sepanjang lima meter dan berat empat kilogram itu agak agresif tetapi empat anggota APM berjaya menumpaskan reptilia berkenaan selepas 20 minit,” katanya.

Mohd Faizol berkata, ia adalah kali keenam ular berbisa dapat ditangkap APM daerah ini dalam tempoh dua bulan.

Beliau meminta orang awam lebih berhati-hati berikutan keadaan cuaca panas dan kering menyebabkan ular berbisa keluar mencari air.

“Orang ramai boleh menghubungi pihak APM di talian 04-4701626 jika terserempak dengan binatang berbahaya dan berbisa,” katanya.

Coretan: celotehsaje.com

Video:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*