Tun Mahathir Akhirnya Memberi Respond Tentang Tular Berita Agong Berkahwin Di Luar Negara

Beberapa hari lalu, tular di media sosial tentang Agong kita berkahwin dengan seorang gadis Rusia di luar negara. Berita ini banyak disiarkan di portal portal blog beserta gambar.

Hari ini Tun Mahathir membuat kenyataan tentang itu dan artikel ini dipetik dari Harian Metro.

‘Tiada pengesahan rasmi Agong kahwin’ – PM

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, melangsungkan perkahwinan di Russia.

Perdana Menteri juga mengakui tidak mengetahui mengenai perkara yang tersebar luas dan dilaporkan beberapa portal berita antarabangsa itu.

“Saya tidak tahu. Saya tidak menerima sebarang pengesahan rasmi, jadi saya tidak boleh beri sebarang komen,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media antarabangsa mendakwa Yang di-Pertuan Agong melangsungkan perkahwinan dengan bekas ratu cantik Russia, Oksana Voevodina.

Kelmarin, portal berita Daily Mail, melaporkan Voevodina, 25, yang pernah merangkul gelaran Miss Moscow pada 2015, memeluk Islam awal tahun ini, sebelum berkahwin dengan Sultan Muhammad pada 22 November lalu.

Portal berpusat di United Kingdom itu melaporkan, majlis perkahwinan bertempat di Barvikha, Moscow, Russia itu, bebas alkohol dan hanya menghidangkan makanan halal.

Daily Mail hari ini turut melaporkan Voevodina diterbangkan ke klinik kesuburan di Jerman sebagai persiapan untuk pasangan itu memiliki cahaya mata.

Sebelum ini, beberapa gambar menunjukkan lelaki mirip baginda mengenakan persalinan baju Melayu lengkap berwarna biru berada dalam majlis perkahwinan, tersebar di media sosial sejak minggu lalu.

Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*