“To Be Honest, Mak Si Elfira Yg Gi Call Ex-Sufian And Korek Everything”- Rakan Mengaku Teman Baik Dedah Kisah Disebalik Putus Tunang Sufian-Elfira

Episode duka dalam hidup penyanyi terkenal Sufian Suhaimi nampaknya menjadi perhatian ramai netizen kerana Sufian di katakan sangat sedih apabila hubungan cinta yang di harapkan bersama Elfira tidak sampai ke pelaminan.

Manakan tidaknya, Sufian di khabarkan tidak pula bergaduh besar dengan Elfira, namun berita putus tunang di war-warkan kepada pihak media telah mengejutkan ramai orang.

Menerusi lagu barunya, Sufian meluahkan rasa hati. Sebelum ini, ramai pihak di maklumkan putusnya tunang antara mereka berdua kerana Sufian tidak mampu menyediakan wang hantaran.

Pendek kata isu wang menjadi pokok. Namun begitu,ianya seperti tidak logik. Tahukah anda siapa Sufian Suhaimi?

Dalam dunia hiburan, Sufian bukan sahaja mampu menyanyi malah dia mampu menjadi komposer dan penulis lirik lagu.Sejarah yang lepas membuktikan hasil kerja Sufian memang meletup dan di sukai ramai.

Makanya, soal duit bukanlah menjadi satu isu. Ramai yang yakin, Elfira juga bukanlah gadis yang sangat memandang wang semata-mata.

Namun persoalan ramai terjawab apabila seorang rakan Sufian berani tampilkan diri dan bercerita antara sebab mereka putus yang di ketahui olehnya selaku kenalan kedua-dua artis muda itu.

Kalau betul ini alasannya, rasa kesian pula dengan Sufian nie. Namun pada masa yang ramai juga mengimbau kembali ex-girlfriend Sufian yang dulu. Katanya dia di tinggalkan Pian untuk Elfira walaupun hal itu dah di nafikan oleh Pian sendiri.

Netizen juga memberi macam-macam komen terhadap Pian di Instagram dan mereka mendoakan agar Pian mendapat ganti yang lebih baik.Kalau tengok gambar Pian post di Instagram,nampak sangat air mukanya yang tengah sedih.

Sumber : Kisah Dunia Via Kumbangterbalik.com

Hanya sempat joli sebahagian hasil ragut – “Semakan terhadap suspek utama yang berusia 33 tahun mendapati dia mempunyai rekod kesalahan curi dan dua kes membabitkan penagihan dadah,”

KOTA BHARU – Dua lelaki hanya sempat berjoli sebahagian wang hasil ragut apabila mereka ditahan polis di Jalan Bayam, di sini, petang tadi.

Suspek berusia 33 dan 27 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada jam 1.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, sebelum itu, pihak nya menerima maklumat berhubung kejadian ragut di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah, di sini, pada jam 12.15 tengah hari.

“Pihak polis di bilik gerakan menerima maklumat dipercayai kejadian ragut berlaku melibatkan seorang mangsa wanita berusia 72 tahun oleh dua lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Persona berwarna hitam.

“Bertindak atas maklumat itu, polis melancarkan operasi dan menyerbu sebuah rumah di Jalan Bayam sebelum berjaya menahan kedua- dua suspek,” kata nya.

Mangsa dibantu orang awam yang berada di tempat kejadian.

Menurutnya, polis turut menemui semula beg tangan mangsa yang mengandungi kad pengenalan dan sebahagian daripada RM200 wang yang dilarikan.

“Ujian awal urin terhadap kedua -dua suspek didapati mereka positif dadah jenis metamphetamine.

“Semakan terhadap suspek utama yang berusia 33 tahun mendapati dia mempunyai rekod kesalahan curi dan dua kes membabitkan penagihan dadah,” katan ya.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kiri kepala dipercayai akibat terjatuh di atas jalan raya.

“Mangsa dibantu orang awam dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II serta diberi rawatan sebagai pesakit luar,” kata nya.

Lagi berita

Kes mesin potong rumput: Lelaki hadapi tiga pertuduhan

Kes mesin potong rumput: Lelaki hadapi tiga pertuduhan

GEMAS – Pemandu traktor insiden pelajar perempuan tingkatan dua maut terkena bilah mesin potong rumput bakal dihadap kan atas tiga pertuduhan berhubung insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, pemandu berusia 26 tahun berasal dari Tanjung Keling, Melaka, itu menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan dengan kecuaian menyebab kan kematian si mati.

“Selain itu, kita turut telah menerima analisa DNA daripada Jabatan Kimia pada bilah pisau yang di temui yang mempunyai DNA mangsa.

“Tarikh pertuduhan bakal di rujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan pada minggu depan,” kata nya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, 13 Februari lalu itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR) Gemas, Nur Afini Roslan, 14, disah kan maut oleh pasukan paramedik selepas bilah mesin potong rumput terbang mengenai kepala nya.

Selain seorang pelajar perempuan maut, dua lagi pelajar lelaki mengalami kecederaan, Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, iaitu cedera di bahagian belakang kepala dan Abdullah Hazlan, 14, cedera pada bahagian telinga kanan.

Kedua-duanya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gemas berhampiran bagi rawatan lanjut dan kemudiannya di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) sebelum di rawat sebagai pesakit luar.

sumber sinar harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*