TMJ Calon Empat Nama PM. Netizen Tanya Nama Ahmad Maslan Ada Tak. Ini Jawapan TMJ Buat Semua Tergelak

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menamakan empat figura berpotensi menjadi perdana menteri di masa akan datang.

Pendapat dikongsi menerusi laman twitter rasmi beliau itu menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Turut menjadi pilihan Tunku Ismail adalah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun Tunku Ismail menjelaskan kenyataan itu bukan bersifat bersifat mahu mencampuri hal politik tetapi sekadar pilihan peribadinya sahaja.

“Ini cuma pilihan saya, tidak mencampuri hal politik langsung, jadi jangan ada yang melatah.

“Anda tahu siapa yang saya rasa berpotensi menjadi perdana menteri terbaik satu hari nanti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Azmin Ali, Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah,” katanya dalam tweet berkenaan.

Tunku Ismail dalam ruangan tweet yang sama juga sempat membalas capaian seorang pengguna twitter lain yang mencalonkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan perlu berada dalam senarai itu.

Dalam tweet ditulis pengguna dengan nama @_ahmadboii itu menyatakan : Tunku Dato Ahmad Maslan tak orait ka? Kita perlukan jugak perdana menteri yang funny dan pandai masak.

“ Dia (Ahmad Maslan) suruh masak dekat rumah saya aja.. haha just joking,” balasnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. KakiTular

Kredit: sinarhairan

‘Jangan Ada Yang Melatah’ – TMJ pilih 4 nama popular calon PM Ke-8

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)

“Jangan Ada Yang Melatah” – TMJ Pilih 4 Nama Popular Calon PM Ke-8. Netizen: “Cadangan supaya rakyaat tak tukar kerajaan pada pru ke 14 lalu ditolak rakyaat hahaha.” Anda boleh scroll ke bawah tonton video terus, untuk mengetahui info yang lebih lanjut dan lengkap.

Baru-baru ini, TMJ telah menamakan empat pemimpiin yang lebih berpotensi untuk menggantikan Tun Dr Mahathir pada masa akan datang sebagai perdana menteri yang baru. Belaiu telah kongsi pandangannya di laman Twitter rasmi beliau dan menamakan popular calon iaitu presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Berhubungan dengan itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau benar-benar menghargai Tunku Mahkota Johor, pandangan Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa beliau adalah antara beberapa individu yang berpotensi menjadi Perdana Menteri. Semasa mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor atas ucapannya, timbalan presiden PKR itu berkata bahawa dia tahu bahawa pandangan peribadi Tunku Ismail itu diterima. “Dia (Tunku Ismail) mengatakan ini di Twitternya menyatakan bahawa ia adalah pandangan peribadi dan tidak ada kaitan dengan politik (keadaan).

“Saya menerima pandangannya dan turut membalasnya menerusi Twitter, menyatakan penghargaan saya kepada beliau,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan dengan pemimpin PKR Kelantan. Turut hadir Pengerusi PKR negeri Abdul Aziz Abdul Kadir dan tiga calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Kamarudin Jaffar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Amridin Shaari, yang juga Menteri Besar Selangor.
Sila tonton video:

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*