Terlalu rindu! Tinggalkan kampung, rakaman Datuk & Nenek Ainul Mardhiah terbang ke London demi cucu tersayang

Selepas hampir seminggu berada di Kota London, adik Ainul mardhiah dilihat berada dalam keadaan yan sihat dan mengalami perkembangan positif dalam pemerhatian doktor pakar. Hal tersebut telah dimaklumkan oleh bapa kepada bayi comel ni yang mengiidap penyakiit ketvmbuhan di bahagian mulut. Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin memberitahu menerusi Facebooknya bahawa hari demi hari kesihatan Ainul bertambah baik dan waktu ini sedang dalam persediaan untuk rawatan seterusnya. Namun begitu, apa yang lebih mengharukan adalah ibu dan bapa Ahmad Safiuddin turut sama mengambil keputusan terbang ke London untuk berada dekat dengan cucu tersayang. Menerusi Berita Harian, Salmah Atan dan Ahmad Razak Joffri nekad meninggalkan kampung halaman di Melaka untuk menziarahi Ainul Mardhiah, selain ingin memberi sokongan moral kepada anak dan menantunya sementara menunggu Ainul menerima rawwatan. Video Menurut Ahmad Razak, hampir setiap hari mereka hadir menziarahi cucu mereka di pusat perubatan di London. Dia juga bersyukur dan reda dengan dugaan ini dan menganggap penderiitaan Ainul merupakan cabaran untuk mereka sekeluarga.
“Syukur Alhamdulillah, berkat reda, percaya dan minda positif, kita berupaya mengharungi ujian ini secara bersama. Ini bukan cabaran buat Ainul Mardhiah saja, tetapi kami sebagai datuk dan neneknya serta ibu dan bapa Ainul Mardhiah sendiri.” – Katanya.
Setakat ini, adik Ainul Mardhiah bakal dipantau oleh doktor pakar dalam minggu ini bagi mengenalpasti rawatan selanjutnya yang akan dilakukan. Menerusikomen daripada ruangan Facebook sumber dan juga Facebook Ahmad Safiuddin, rata-rata rakyat Malaysia msih lagi tidak jemu memanjatkan doa buat kesihatan adik Ainul. Mereka juga turut memberikan kta-kata semangat untuk seluruh ahli keluarga bayi comel ini agar tabah menghadapi dugaan yang diberi. Alhamdulillah! Sumber : Ahmad Safiuddin, Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*