‘Terima kasih tunaikan hajat anak saya’- Rita gembira dua orang anaknya bakal menerima sesuatu yang berharga sempena Final Piala AFF

HASRAT pelakon Rita Rudaini untuk membawa kedua-dua anaknya, untuk menonton perlawanan bola sepak membabitkan bapa mereka yang juga pemain bola sepak skuad kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak bakal tercapai.

Rita ketika dihubungi berkata, dia sangat teruja dan tidak menyangka apabila ada pihak sudi merealisasikan impian Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF 2018, nanti.

“Saya terima pelawaan ini sebagai satu rezeki dan peluang yang baik untuk kedua-dua anak saya.

“Pasti mereka teruja untuk melihat bapanya beraksi secara langsung seandainya Aidil turun padang bermain.

“Bukan saya tidak mampu nak beli tiket sendiri, tapi apabila ada pihak sudi nak bawa anak-anak, saya tidak menolak niat murni ini.

“Tiada apa yang mampu saya katakan selain ucapan terima kasih kepada pihak yang sudi membawa kami,” katanya.

Menurut Rita, dia tidak kisah sekiranya Aidil yang juga bekas suaminya itu, tahu atau tidak mereka akan ke stadium, asalkan anak-anaknya teruja menonton perlawanan akhir yang bakal berlangsung nanti.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan bawa anak-anak ke stadium untuk menyokong skuad Harimau Malaya dan menonton ayahnya beraksi di perlawanan akhir Piala AFF 2018.

“Bagi saya, Aidil tahu atau tidak kehadiran anak-anak itu tidak penting kerana saya nak anak-anak seronok menonton perlawanan final itu,” katanya.

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013.

Ini kata2 sedih Rajevac selepas kekalahan memalukan pasukan Thailand

PENGENDALI Thailand, Milovan Rajevac mengakui skuad Harimau Malaya memang berhak untuk beraksi di pentas akhir Piala AFF 2018.

Ini kerana, katanya Malaysia lebih bersemangat dan agresif untuk menyingkirkan mereka dalam kempen kali ini selepas seri 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala, malam tadi.

Saya tidak berpuas hati kerana kami tidak layak, tetapi ini adalah sebahagian daripada pengalaman buat pemain.

Tahniah buat Malaysia kerana mereka memang berhak ke pentas akhir. Malaysia menunjukkan kesungguhan, agresif untuk mara,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Thailand, juara lima kali seharusnya boleh mengecewakan Malaysia, tetapi penyerang sensasi mereka, Adisak Kraisorn gagal menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan di babak kedua.

Dengan kedudukan terikat 2-2 selepas 90 minit permainan, skuad kendalian Tan Cheng Hoe layak ke pentas akhir buat kali keempat, menerusi peraturan gol di tempat lawan.

“Kami memiliki peluang menerusi sepakan penalti, tetapi gagal mengambil peluang itu dengan baik, tetapi ini boleh berlaku dalam bola sepak,” katanya.

sumber :hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*