Tergamam Melihat Kereta Diconteng Anak Perempuannya, Respon Lelaki Ini Memang Mengejutkan

Kereta sememangnya menjadi salah sebuah barang yang paling disayangi ramai lelaki di dunia. Jadi, tidak hairanlah hampir setiap lelaki memilki kereta idaman masing-masing sejak kecil lagi.

Namun, apakah perasaan anda sekiranya kereta idaman milik anda yang anda sayangi selama ini telah dijadikan sebagai ‘kanvas’ lukisan oleh anak anda?

Begitulah pengalaman ‘ngeri’ seorang lelaki apabia mendapati kereta kesayangannya yang berwarna putih itu telah diconteng oleh anak perempuan dengan menggunakan pen berdakwat kekal.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Yang ini telah memuatnaik beberapa keping gambar keretanya yang telah mendapat ‘sentuhan khas’ anak perempuannya itu ke laman Facebook beliau.

Daripada gambar tersebut, anak Yang boleh dilihat masih leka menconteng kereta kesayangan milik ayahnya itu tanpa menyedari perbuatannya itu bakal mendatangkan masalah.

Namun bagi Yang, ianya bukanlah sebuah perkara yang besar dan beliau menganggap ianya sebagai salah satu proses pembelajaran seorang kanak-kanak.

Bukan sahaja tidak menyuruh anak perempuannya berhenti daripada melukis, Yang turut memberikan galakan dengan menyuruh anak perempuannya itu supaya membuat latihan melukis lagi.

Menurutnya lagi, dia tidak akan memadan lukisan tersebut kerana mahu menjadikannya sebagai kenang-kenangan manis apabila anaknya dewasa kelak.

Gadis Ini Dilarang Makan Lolipop Semasa Kecil, Apabila Meningkat Remaja Dia Telah Mencipta Lolipop Sihat Yang Membuatkannya Meraih RM4 Juta Setahun!
Menurut seorang doktor gigi yang memiliki sebuah pusat rawatan pergigian di Paramus, New Jersey iaitu Dr Donald Roman, lolipop merupakan salah satu daripada tiga jenis gula-gula yang paling memudaratkan gigi.

Selain daripada kandungan gula yang tinggi dalam lolipop, membiarkan gula-gula ini di dalam mulut dalam tempoh yang lama juga membolehkan kandungan gula itu memecahkan enamel gigi sekali gus menyebabkan kaviti!

Kredit: Forbes

Disebabkan itulah, Tom Morse sangat melarang anak perempuannya, Alina Morse untuk memakan lolipop meskipun gula-gula diberikan oleh orang lain.

Namun, Alina yang pada ketika itu baru berusia tujuh tahun tidak sekadar mengikuti arahan bapanya ‘mentah-mentah’, sebaliknya Alina bertanya kepada bapanya mengapa tiada siapa mencipta lolipop yang sihat dan tidak menjejaskan gigi.

“Dia (Alina) mungkin telah bertanya sekurang-kurangnya 100 kali sebelum saya mencadangkan dia untuk melakukan penyelidikan dan bercakap dengan doktor gigi tentang kandungan yang patut ada dalam lolipop yang lebih sihat”.

Kredit: What The Red Head Said

Alina menerima cabaran bapanya itu dan mula mencari pelbagai maklumat di Internet. Dari situ, Alina mengetahui bahawa Xylitol merupakan sejenis bahan yang mampu memineralkan semula gigi dan mengurangkan asid dalam mulut yang dihasilkan selepas makan. Di samping itu, Alina juga mendapati Erythritol pula akan meningkatkan nilai pH dalam mulut dan ‘memiliki kebaikan pergigian yang lebih tinggi berbanding Xylitol”.

Alina kemudian mula menghasilkan lolipop ciptaannya dengan menggunakan bahan-bahan tadi. Alina turut melaburkan wang tabungnya sebanyak RM31,207.50 yang diberikan oleh datuk dan nenek selama ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan tersebut.

Kredit: Somi

Dia membeli bahan-bahan seperti gula Stevia, Xylitol, Erythritol, Isomalt dan jus semula jadi yang berwarna. Alina mencampurkan kesemua bahan itu bersama sebelum menuangnya ke dalam acuan.

Pada awalnya, Alina berhadapan dengan banyak kegagalan semasa dalam proses menghasilkan lolipop istimewa ciptaannya itu. Adunannya hangus, terlalu cair dan bermacam-macam lagi dugaan menimpa Alina. Namun, gadis kecil ini tidak pernah patah semangat.

Kredit: Chicago Tribune

Sebaliknya, dia terus mencuba dan menyempurnakan formula lolipopnya itu selain berazam memastikan bahawa lolipopnya bukan sahaja sihat tetapi mempunyai rasa yang enak serta bebas alahan!

Selepas tempoh 12 bulan, Alina berjaya mencari pengilang yang sesuai dan memulakan proses pengedaran lolipop yang kemudiannya dinamakan sebagai Zollipops! Alina sendiri turun padang sebagai salah satu usaha untuk menarik minat pasaraya besar dalam menjual produknya itu.

Kredit: Oriental Daily

Enam bulan kemudian, Alina menerima emel daripada pasaraya Whole Foods yang berminat untuk membeli dan memasarkan Zollipops di cawangan Hawaii dan California. Tidak berapa lama selepas itu, Alina menerima satu lagi kejutan apabila pihak Whole Foods mahu membeli lagi produknya dan meletakkan produk tersebut di bahagian hadapan.

Lama-kelamaan, Zollipop semakin diterima ramai apabila bukan sahaja Whole Foods tetapi juga pihak lain seperti Amazon, HEB, Meijer, Big Y, Jet, beberapa pusat pergigian, Tentera Darat, Udara dan Laut Amerika Syarikat dan juga Toys R Us.

Kredit: Metro Detroit Mommy

Bagi meningkatkan pasaran, Alina turut menghasilkan satu lagi produk dikenali sebagai ZolliDrops pada awal tahun 2016 memandangkan ada pelanggan yang mahukan alternatif gula-gula tanpa batangnya.

Pada tahun pertama 2014, keuntungan yang diperolehi hasil daripada penjualan Zollipops ini adalah sebanyak RM291,270! Kemudian pada penghujung tahun 2015, jumlah keuntungan yang dicapai oleh Alina menjadi berlipat kali ganda sehingga RM1.2 juta dan pada tahun lalu, RM4.1 juta!!

Kredit: Entrepreneur

Kini, Zollipop mula dipasarkan ke luar negara seperti China, Korea, Australia dan juga Perancis.

Ketika ditanya mengenai pengajaran yang diperolehinya sepanjang memulakan perniagaan tersebut, Alina yang kini berusia 13 tahun menyatakan:

“Seorang kanak-kanak yang bermotivasi dan mempunyai idea yang baik boleh melakukan apa sahaja.”

Sumber: Forbes, news.com.au

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*