Tahniah!! Fizo & Mawar Dapat Anak Perempuan

PETALING JAYAIsteri kepada Fizo Omar iaitu Mawar Abdul Karim selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, dekat sini, kira-kira pukul 4.01 petang Jumaat.

Mawar, 28, yang juga pengasas tudung Fareeda itu melahirkan bayi berkenaan secara normal dengan berat 2.78 kilogram.

“Alhamdulillah, Syukur. Mawar selamat melahirkan anak perempuan kami pada pukul 4.01 petang tadi.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” ujarnya.Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013.

Pasangan ini mendapatkan rawatan kesuburan pada 6 Januari tahun lalu selepas berkahwin lebih daripada dua tahun.

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*