Stress Lepas Exam, Sampai Balik Pun Salah Jalan, Royanan Lelaki Ini Jadi Bahan Lawak

Zaman semakin berubah dan juga dunia. Dunia yang kini menuntut lebih lagi kebijaksanaan manusia untuk menguruskannya. Alam pekerjaan bukan semudah yang disangka seperti dulu. Dugaan ketika melanjutkan pelajaran amat susah kerana persaingan yang sengit.

Seorang pelajar lelaki melalui Insta Story miliknya @hishamudinmansur tular di media sosial Instagram apabila memuatnaik siri luahannya kerana peperiksaan peringkat diploma di pusat pengajiannya yang susah.

Video itu tular selepas ia dikongsikan seorang rakan Twitter kepada beliau, yang menggunakan akaun @nssyfiqah. Ia ditonton lebih 75,000 kali dan menerima 4,200 Likes bertajuk ‘luahan orang gifted’.

Ia jadi lucu apabila pada permulaan video berkenaan, lelaki ini pada mula bercakap dengan tenang yang menggunakan nada suara ada mirip pelakon filem.

Bagaimanapun, apabila sampai ke bahagian betapa susahnya peperiksaan sehingga mungkin beliau terlalu tertekan, dia melepaskan betul-betul tekanan perasaannya tapi luahannya amat kelakar.
Video:

Dia begitu tertekan sampai dia memandu balik ke jalan yang salah di Jalan Diplomatik padahal dia hendak menggunakan lebuhraya Elite. Rata-rata netizen lain juga mendapati bahagian luahan perasaan yang pelajar ini salah jalan adalah paling kelakar.

Salah jalan tu kelakar weh

Degree nanti lagi susah, all the best

Sampai cikgu Form 1 pun tegur

Tidak kurang juga yang menyakat dia dengan mengatakan pembelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda lebih susah dan mungkin luahan Hishamudin akan menjadi lebih teruk lagi.

Harap bersabarlah wahai mahasiswa sekalian.

Sumber : Twitter @hoshomodon dan @nrsyfiqah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*