‘Siapa MB Ketika Itu? Siapa Beri Kebenaran?’ – TMJ Respon Kes Pencemaran Sisa Kimia Di Johor

Gara-gara kesan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, seramai 106 orang mangsa telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Setakat ini, jumlah keseluruhan pesakit seramai 207 orang sejak Khamis lalu. Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memberi respon berhubung berhubung isu berkenaan.

Pihak luluskan kena bertanggungjawab

TMJ menerusi Twitternya menegaskan pihak yang terlibat meluluskan projek berkenaan tidak akan dibiarkan terlepas. Tambahnya lagi, ini bukan masa untuk menuding jari kerana mana-mana pihak yang meluluskan projek itu perlu bertanggungjawab dengan kerosakan angkara mereka.

Siapa yang luluskan?

TMJ turut mempersoal siapa yang memberi kebenaran dan kelulusan beroperasi tanpa pandangan sultan. Dakwanya lagi, Singapura telah menolak projek itu tetapi diluluskan negeri itu.

Sultan Johor luah murka

Sultan Johor Sultan Ibrahim meluahkan kemurkaan baginda dan kesal dengan insiden yang berlaku di negeri itu apatah lagi memberi kesan terhadap murid sekolah dan orang awam.

Sedih dengan rakyat merana

Sumber: TMJFacebook TMJ

Via : OhBulan

Ibu Ceritakan Anaknya Lakukan Perkara Perkara Ini Sebelum Ke Sekolah

“SEMUANYA ibarat mimpi dan saya tak dapat lupakan detik gurauan adik sebelum ke sekolah namun kini dia masih bertarung nyawa dan masih tiada tindak balas walaupun kami memanggil namanya berulang kali,” kata Noor Atikah Daud, 47.

Noor Atikah berkata, anaknya, Affza Balqis Ahmad Sahrel, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort di Pasir Gudang kini kritikal akibat terhidu gas metana.

Menurutnya, sebelum kejadian anaknya itu sempat bergurau serta menciumnya dan suami sebelum ke sekolah semalam.

Katanya, Affza Balqis yang mesra dipanggil adik, masih tidak sedarkan diri dan bergantung dengan alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Dengan nada manja sambil memeluk saya, dia sempat bergurau dengan bertanya sama ada dia cantik.

“Saya kata, betul dia cantik, tapi kena ingat adik pakai tutup aurat cantik dan perlu niat kerana Allah SWT.

“Dia tidak menolak nasihat itu dan saya kemudian cium dahinya sebelum dia memeluk bapanya dengan erat dan itu perbualan terakhir kami sebelum dia ke sekolah,” katanya.

Menurutnya, tidak menyangka ia petanda anaknya itu ditimpa kejadian malang.

Affza Balqis salah seorang daripada lebih 260 mangsa terbaru pencemaran gas metana yang dirawat di HSI semalam.

Sehingga kini, 13 sekolah di kawasan berhampiran Sungai Kim Kim tercemar akibat pembuangan sisa kimia Khamis lalu dan ditutup dengan jumlah mangsa keseluruhan 516 orang dengan kebanyakannya pelajar sekolah.

Katanya, dia dihubungi pihak sekolah beberapa jam kemudian memberitahu anaknya dimasukkan ke HSI.

Mengulas lanjut, Noor Atikah meminta semua pihak mendoakan anaknya dan semua mangsa sembuh.

“Saya reda dengan ujian Allah SWT tetapi apabila melihatnya terbaring dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan, kami sekeluarga sedih dan terkilan,” katanya.

Jom Lihat Apa Kata Netizen :

Parent2 yg ank dia terhidu gas ni p pakat saman company tu biar muflis tutup merana. Baru dia tahu. Geramnya bca

Ya Allah… berikan adik nie kekuatan… sihatkan dia seperti sedia kala…. Amiin…

Semoga adik sembuh seperti sedia kala..amin…bgi hukum yg sentimpal..pda yg xbertangjawab…

Moga cepat sembuh ye adik…syafakallah. yg letak emoji gelak tu cuba cek balik..kut awak tersilaf. Nnti orang ingat awak gelakkan musibah yg berlaku ke orang lain

Siapa yg membuang sisa bahan kimia tu harap ditangkap dan dihukum dengan berat

Allahu, semoga dipermudahkan dan cepat sembuh dik, adik kena kuat, ingat mak, ayah sedang menanti, ya Allah sebak nye..

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*