Setelah Dilihat Puas Mem’belasah’ 5 Buah Kenderaan, Akhirnya Ini Yang berlaku Kepada Lelaki Tersebut

Lima buah kereta mengalami kerosakan apabila seorang lelaki secara rawak membaling batu besar dan mengetuk dengan kayu pada kereta-kereta tersebut dalam insiden yang dipercayai berlaku pada 7 Januari.

Dalam satu rakaman video yang di muat naik di Facebook, seorang lelaki tidak berbaju dilihat membawa sebatang kayu lalu menghempaskan dan mengetuknya dengan kuat ke atas kereta yang dipilihnya secara rawak yang diparkir di tepi jalan berhadapan sebuah kondominium di Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Dia juga membaling batu yang besar ke atas kereta-kereta tersebut.


Kredit : We Are Malaysians /Facebook

Kredit : We Are Malaysians / Facebook

Walaupun lokasi sebenar tempat kejadian ini tidak dijelaskan, seorang netizen berkata insiden itu mungkin berlaku berdekatan Kondominium De Tropicana.

Kredit : We Are Malaysians / Facebook

Kapsyen rakaman video itu menulis, “Seorang lelaki membaling batu yang besar di atas cermin bahagian hadapan dan belakang beberapa kereta serta memecahkan cermin sisinya.”

Kredit : We Are Malaysians / Facebook

Sambil menambah, “Dia juga mengetuk dan memecahkan cermin lampu depan dan belakang beberapa kereta.”


Kredit : We Are Malaysians / Facebook

Dalam insiden ini lima buah kereta dipercayai telah mengalami kerosakan.

Berikutan kejadian tersebut, satu laporan polis telah dibuat pada jam 9 malam pada hari itu. Dikatakan, kejadian yang sama pernah berlaku kepada penduduk di Salak South.

Kredit : We Are Malaysians / Facebook

Berdasarkan perkembangan terkini di Facebook, seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis daerah Salak Selatan untuk membantu siasatan sebaik laporan polis telah dibuat.

Kredit : We Are Malaysians / Facebook

Lihat rakaman video tersebut di bawah.

Kredit : We Are Malaysians / Facebook

Sumber: erabaru.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*