Selepas Pertemuan Tertutup, Ini kereta yang digunakan oleh Sultan Johor untuk hantar Dr. Mahathir pulang

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene di sini hari ini.

Mahathir

Mahathir tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 3.30 petang untuk menghadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. – Foto oleh Bernama

Kenderaan rasmi membawa Dr. Mahathir tiba di pekarang istana kira-kira pukul 4 petang.

Pertemuan itu adalah yang pertama antara Sultan Johor dan Dr. Mahathir sejak beliau dilantik buat kali kedua sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Endie Shazlie Akhbar dilaporkan berkata, pertemuan tertutup bersama Sultan Ibrahim itu ditunda sejak kira-kira dua minggu lalu.

Beliau juga menafikan pertemuan itu mempunyai kaitan dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong baharu oleh Majlis Raja-Raja, 24 Januari ini.

Sumber- K! ONLINE.

Terdahulu Tun M Gesa Perlantikan Yang Di-Pertuan Agong Yang Muktamad Secepat Mungkin

mahathir

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap agar pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu dapat diputuskan secepat mungkin.

Mahathir berkata, ia perlu disegerakan kerana beliau sendiri perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi urusan tertentu.

“Kerajaan akur dengan keputusan Sultan Muhammad V yang telah meletak jawatan. Ia adalah mengikut perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Teregganu di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris.

Peletakan jawatan Sultan Muhammad V diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz semalam. Baginda menjawat jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember 2016.

Sumber- Bernama

Sultan Johor pandu Proton lama hantar Dr M pulang

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli dengan menghantar Perdana Menteri Mahathir Mohamad ke lapangan terbang antarabangsa Senai.

Baginda bahkan memandu sendiri kereta Proton Saga biru dengan nombor pendaftaran Proton 1 keluaran pertama yang dinaiki Mahathir.
Mahathir duduk di bahagian penumpang depan sampai melambai tangan ke arah pemberita dan orang ramai yang menunggu di luar Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Kereta itu dihadiahkan kepada ayahandanya Almarhum Sultan Iskandar pada 1985.

Proton Saga adalah kereta pertama keluaran syarikat automobil negara Proton ketika Mahathir perdana kali menjadi perdana menteri pada tahun 80-an.

sumber: mkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*