SELEPAS BERPISAH AKHIRNYA BELLA MELUAHKAN KATA HATI PADA ALIFF, KATA KATA BELLA BUAT RAMAI TERSENTUH

Meskipun sudah tidak lagi bergelar suami isteri, Bella Astillah menegaskan dia tidak akan sesekali memutuskan hubungan Aliff Aziz dengan anaknya. Katanya lagi, walau apa pun terjadi Aliff tetap ayah kepada anak mereka. Bella berkata, dia tidak membenci mahupun menyimpan dendam terhadap bekas suaminya dan segala perbuatan Aliff terhadapnya sudah pun dimaafkan. Bagaimanapun, Bella mengakui sebagai manusia biasa sudah tentu dia berasa sedih. “Jangan bimbang, saya tidak membenci Aliff, malah dia tetap ayah anak kami. Saya takkan jauhkan dia dengan Ayden. “Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Saya maafkan dia berulang kali kerana kita manusia biasa. “Kalau saya yang bersalah, saya tentu mahu dimaafkan. Namun, sebagai manusia, jauh di sudut hati saya tetap sedih. Cuma harapan saya, perpisahan ini dapat mengubah Aliff dan menjadikan dirinya lebih baik. Kita doa yang baik-baik,” katanya kepada BH Online. Terdahulu, ibu Aliff menerusi satu entri di Instagram menulis tiada ‘talak’ antara ayah sekali gus mengharapkan, perpisahan tersebut tidak menjarakkan hubungan Aliff dengan anaknya. Kemelut rumah tangga Aliff dan Bella akhirnya bertemu titik noktah selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Khamis lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Jom Like Page Kami Juga Di Facebook sumber : rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*