Sekumpulan Lelaki Cuba Merompak Van Keselamatan Berisi Wang Dari Bank

Sekumpulan Lelaki Cuba Merompak Van Keselamatan Berisi Wang Dari Bank - nangtime.com

Sekumpulan Lelaki Cuba Merompak Van Keselamatan Berisi Wang Dari Bank | Tindakan pantas pekerja van keselamatan yang mencampak karung wang tunai ke dalam van dan terus menutup pintu berjaya menyelamatkan wang tunai tersebut daripada dirompak dalam kejadian di Jalan Tanjung SD 13/1, Bandar Sri Damansara, pagi tadi.

Sekumpulan Lelaki Cuba Merompak Van Keselamatan Berisi Wang Dari Bank - nangtime.comDalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, empat orang pekerja van keselamatan tersebut sedang menjalankan kerja mengutip wang daripada sebuah bank di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, sewaktu rakan sekerja mangsa sedang memasukkan karung tersebut ke dalam van, mereka telah didatangi empat orang lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna putih.

Katanya, dua daripada mereka yang memakai topi keledar telah menghampiri pekerja keselamatan itu dalam keadaan mencurigakan manakala salah seorang lagi bertindak merentap serta merampas senjata api jenis pump gun berisi tiga butir peluru yang dipegang oleh pengawal keselamatan yang bersenjata.

“Kejadian itu telah mengakibatkan berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sehingga menyebabkan salah seorang suspek mengacukan pistol ke arah mengawal keselamatan itu sebelum bertindak melarikan diri bersama selaras pump gun milik pengawal keselamatan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Sekumpulan Lelaki Cuba Merompak Van Keselamatan Berisi Wang Dari Bank - nangtime.com

Menurutnya, tiada kecederaan dan kerugian wang tunai yang dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun berkumpulan dan bersenjata.

Satu video berdurasi 20 saat tular di laman media sosial menunjukkan beberapa petugas keselamatan cuba dirompak ketika memasukkan wang tunai yang dikutip di sebuah bank.

Tindakan pantas salah seorang pekerja keselamatan yang berada dalam van tersebut menutup pintu kenderaan itu berjaya menyelamatkan mereka daripada diserang beberapa lelaki serta melindungi wang dibawa daripada dirampas. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*