SEBIJIK SAMA, PERANGAI PUN SAMA! IZREEN AZMINDA DISAMAKAN DENGAN HUSNA!

Video Izreen Azmida dan suaminya Uda.

Setelah tamatnya siaran drama Nur bulan lepas, drama Jangan Benci Cintaku pula dikatakan bakal mencetuskan fenomena emosional di kalangan penonton setia slot Akasia terbitan TV3 itu.

Drama yang dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat Zahirah MacWilson, Saharul Ridzwan, Niena Baharun dan Izzue Islam itu dilihat boleh memberikan kesan yang hebat di kalangan penonton, khususnya watak Husna yang dimainkan oleh Niena Baharun yang dikatakan mirip dengan pelakon Izreen Azminda.

Selain daripada paras rupa mereka yang kelihatan hampir serupa, ramai yang mengaitkan sikap watak Husna yang paling tidak disukai penonton di dalam drama itu serupa dengan pengalaman sebenar Izreen.

Sekeping foto pembandingan watak Husna dengan Izreen Azminda telah dimuat naik oleh penerbit drama tersebut, Metrowealth di laman Instagram mereka baru-baru telah menarik perhatian peminat drama tersebut.

Foto yang disertakan kapsyen berbunyi “Orang kata muka mereka sama, betul ke?” itu telah mengudang pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang bersetuju mengatakan kedua-dua ini memiliki persamaan baik daripada segi fizikal dan juga perangai mereka.

Sebijik sama, perangan pun sama

Tak sama, sebab Husna lebih cantik

Husna itu sekadar lakonan

Sumber : Metrowealth

Seterusnya

Muat naik gambar bertiga, ramai penonton cadang ‘Nek Pah’ jadi madu mereka

Emosi peminat drama tempatan sering ‘dicuit’ apabila menonton drama Jangan Benci Cintaku yang hangat ditayangkan di slot Akasia TV3 setiap kali melibatkan watak Husna (Niena Baharun) dan Nek Pah (Azizah Mahzan).

Sejak ditayangkan pada 29 Jun lalu, setiap pelakon dalam drama arahan Pali Yahya ini menjadi perhatian orang ramai terutama di laman media sosial masing-masing.

Terbaru, pelakon utama iaitu Zahirah MacWilson telah memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya bersama beberapa pelakon lain iaitu Niena Baharun dan Amelia Henderson.

Semuanya cantik!

“Madu Tiga, nombor empat siapa? #janganbencicintaku,” tulisnya.

Menerusi kapsyen, pelakon berusia 23 tahun itu bertanya kepada peminat dan pengikutnya siapakah gerangan ‘isteri’ keempat di antara mereka bertiga? Agak-agak siapa ek!

Posting tersebut telah menarik perhatian penontot setia yang mengikuti drama berkenaan dimana rata-rata memetik nama Nek Pah untuk menjadi ‘madu’ mereka. Wow sayang Nek Pah ke tu?

Nombor 4 bagi Nek Pah la!

Mesti la Nek Pah!

Kami setuju Nek Pah!

Sumber : Zahirah Macwilson

Seterusnya

Lakonan menjadi, ‘Husna’ kena serang dengan penonton di IG

Pelakon yang membawa watak antagonis bagi sesebuah naskah lakonan sering menjadi perhatian orang ramai kerana sifatnya yang sangat menjengkelkan.

Walaupun sekadar mempamerkan bakat lakonan sebagai ‘penjahat’, tetapi watak tersebut cukup membuatkan penonton berasa menyampah hingga terbawa-bawa ke luar drama dan filem.

Mungkin itulah yang dihadapi oleh pelakon Niena Baharun yang membawa watak Husna menerusi drama bersiri fenomena ketika ini, Jangan Benci Cintaku.

Walaupun Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun sedang hamil lima bulan, dia kelihatan ‘steady’ menerima kecaman dan kutukan penonton drama yang disiarkan di slot Akasia di TV3 itu.

Menerusi beberapa posting di laman Instagram miliknya, penonton memenuhi ruangan komen pelakon berusia 25 tahun itu setelah ramai yang tidak berpuas hati dengan watak yang dijayakannya sehingga mencecah ribuan komen!

Shah datang cari Husna tak?

Korang rasa Shah akan datang cari Husna lagi tak? 😥 #janganbencicintaku

A post shared by nienabaharun (@nienabaharun.nb) on

Mana janji manis Shah?

Kesian Shah, bini dah lari…

Bini dia lari, kesian lah Shah – Husna #JanganBenciCintaku

A post shared by nienabaharun (@nienabaharun.nb) on

Kecoh je pasal Husna!

Doakan Husna & Shah kekal bahagia!

Benci gila tengok Husna!

Menyampah kat awak!

Rasa nak tumbuk je muka!

Geram dengan perempuan macam Husna!

Perempuan tak guna!

Kenapa Husna kejam sangat!

Sumber : Niena Baharun

Kredit kepada Oh My Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*