‘Sebelah Tangan ‘Layan’ 1,000 Selekoh’-Pemegang Malaysia Book of Records Ini Cerita Pengalaman Cemas Di Thailand

Kuala Lumpur : Bukan mudah untuk lelaki ini merealisasikan impian mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai penunggang motosikal sebelah tangan terpantas melalui lebih 1,000 selekoh di Thailand.

Kembara Seribu Selekoh (KSS) di Thailand selama 14 hari memang sangat mencabar buat lelaki kurang upaya ini, Mohd Yusnizal Mohd Yussof, 43, yang kudung tangan kiri akibat kemalangan pada 1999 namun dia boleh mendabik dada susulan kejayaannya itu.

Bapa lima anak itu berkata, pelbagai cabaran perlu dilalui untuk menamatkan kembara melalui 1,864 selekoh sepanjang lebih 500 kilometer dinamakan 1,000 Selekoh Mae Hong Son iaitu jalan raya antara kawasan Mae Hong Son dan Chiang Mai.

“Saya memulakan kembara pada 13 Disember lalu menunggang motosikal Yamaha LC135 bersama lima rakan lain.

“Sebagai orang kurang upaya (OKU), kembara ini agak mencabar terutama apabila serangga hinggap di badan kerana saya tidak boleh menepisnya berikutan sebelah tangan lagi memulas pendikit minyak motosikal,” katanya.

Mohd Yusnizal yang lebih dikenali Sony berkata, dia perlu memberhentikan motosikalnya untuk membuang serangga berkenaan.

“Namun saya mahu mencabar diri, walaupun OKU saya mahu membuktikan dalam keterbatasan diri, saya juga mampu melakukan apa yang orang normal lain buat.

“Saya berharap ini juga menjadi motivasi buat orang lain untuk melakukan sesuatu yang diinginkan tanpa membataskan diri hanya kerana OKU,” katanya.

Menceritakan pengalaman sepanjang misi KSS , tiga hari pertama dia menunggang motosikal dalam keadaan hujan lebat di beberapa negeri bermula di Pulau Pinang menuju ke Kedah, sempadan Thailand ke Suratthani dan Hua Hin.

Cerita kita mungkin sama Tapi pengalaman ride dua tangan dengan ride sebelah tangan memang berbeza.... #BiarGambarBerbicara #CeritaKita #remarkable #KameraTikam #LimitedEdison #KembaraSeribuSelekoh #kss #TripleAGarage #MakanHeritage #RemarkableRider #aod #ags #Givi #GiviMalaysia #Givista #SayangKetatSendatPadat #port #maehongson #thailand #ohmedia #bangkok #bangkokthailand #ChiangMai #awaninews #rtm #tv3 #harianmetro #SuratBawahPintu

“Saya perlu melalui kawasan banjir sewaktu di Chumpon dan kemalangan kecil apabila motosikal hilang kawalan sewaktu meredah arus deras menyebabkan bengkak kaki kiri akibat terjatuh dan brek belakang motosikal rosak.

“Setiap hari jarak perjalanan yang perlu ditempuhi sejauh lebih 500 kilometer bagi mencapai sasaran tempoh masa ditetapkan menyebabkan saya kebas tangan dan terpaksa berhenti rehat seketika bagi memulihkannya,” katanya yang bekerja sebagai pembantu operasi di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

Menurutnya, cabaran sebenar bermula pada hari keenam ketika menuju ke Mae Hong Son apabila jalannya berliku dengan selekoh tajam dan berbukit.

“Tinggal hanya 26 kilometer menuju ke Mae Hong Son, saya kemalangan sekali lagi apabila tayar depan motosikal termasuk ke dalam lubang dan terbabas ke jalan bertentangan sehingga melangg4r besi penghadang jalan.

“Saya luka par4h di lutut kiri dan mengalami pendar4han yang banyak sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Mae Hong Son.

adoiiiii 😥😥Doktor kata kalau nak nyelam ke nak ride ke kena tunggu minima pun 6bulan 😢😢😢
#BiarGambarBerbicara 
#CeritaKita #remarkable 
#KameraTikam #LimitedEdison 
#MalysiaBookOfRecords #mbor 
#KembaraSeribuSelekoh #kss
#TripleAGarage #MakanHeritage
#RemarkableRider #aod #ags 
#Givi #GiviMalaysia #Givista
#SayangKetatSendatPadat 
#port #maehongson #thailand #ohmedia
#bangkok #bangkokthailand #ChiangMai
#awaninews #rtm #tv3  #harianmetro 
#SuratBawahPintu

“Pada 19 Disember lalu, cabaran sebenar bagi mencipta rekod bermula dengan perjalanan sejauh 110 kilometer menuju ke daerah Pai.

“Saya menunggang motosikal dengan keadaan diri cedera dan suhu yang dingin melalui kawasan pergunungan.

“Ada ketika saya perlu membrek hingga hampir duduk atas bakul motosikal, begitu sukarnya mengawal kenderaan sebelah tangan,” katanya.

Menurutnya, meskipun seluruh tubuh terutama lutut dan bahu sakit dia menamatkan misi demi negara tercinta dan kepuasan diri.

“Saya berjaya tiba di Chiang Mai pada jam 4 petang, 22 Disember lalu dan singgah di Pejabat Pelancongan Pihak Berkuasa Thailand bagi mendapatkan cop dan tandatangan pegawai sebagai bukti untuk MBOR sebaik selesai menamatkan misi KSS,” katanya.

Sony turut menceritakan dia kehilangan tangan kirinya dalam kemalangan apabila motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta sehingga menyebabkan dia hilang kawalan, terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan saya kehilangan tangan kiri dan mengalami tekanan yang keterlaluan hingga terpaksa dirujuk ke Hospital Tanjung Rambutan bagi memulihkan emosi namun itu semua tinggal sejarah,” katanya.

Sumber: hmetro.com.my

Sumber: insta-stalker.com/tag/suratbawahpintu/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*