Saya tak akan sama sekali minta maaf, gara-gara berlian 1 Malaysia kutuk saya. – DSV pertahan ketulinan hadiah gegar vaganza

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)

Dalam 2 3 hari kebelakangan ini isu mengenai berlian palsu yang telah diberikan oleh Dato Seri Vida telah makin menular. Aisyah sebelum ini mendakwa didalam laman intagram beliau yang beliau belum lagi menerima tanah lot banglo seperti yang dijanjikan malah pada masa yang sama mendapati berlian yang dikatakan bernilai RM8 ribu adalah palsu semata.

Dato Seri Vida pula menegaskan bahawa keadaan itu hanya berikutan dengan penyusutan harga manakala beliau juga meminta agar Aisyah memulangkan berlian tersebut dan akan digantikan dengan lavida coin.

Aisyah telah menolak untuk pertukaran berikut dan Dato Seri vida pula mengeluarkan kenyataan bahawa Aisyah sebenarnya layak ditempat ke 10 dan bukan juara untuk pertandingan tersebut. Perkara ini semakin berlanjutan sehingga Dato Seri Vida kini bertindak lebih keras dengan tidak ingin membayar sesen pun dari nilai yang diminta.

Aisyah merupakan seorang penyanyi yang penuh bakat dan bakat beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia malah hingga ke peringkat antarabangsa. Aisyah adalah seorang penyanyi tempatan yang pernah menjulang nama di billboard dan pernah menjadi salah seorang penyanyi yang terlibat dengan iklan pepsi.

Aisyah bukan sahaja mempunyai album melayu manakala beliau juga pernah merakamkan album english semasa bersama kumpulan the fan club. Aisyah memang mempunyai kejayaan yang gemilang sebagai seorang penghibur dan penyanyi.

Sila tonton video:

SUMBER

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*