SAMBAL BELACAN BAKAR, TAK NAMPAK MAK MERTUA LALU!!!- RESIPI ATOK

Sambal belacan merupakan makanan sampingan yang sememangnya membangkitkan selera apabila makan dengan nasi putih panas2, ulam-ulaman dan sebagainya.

Rasa pedas yang ada pada sambal belacan itulah yang menyedapkan sesuatu makanan.

Tertarik dengan Resipi Sambal Belacan Bakar, Tak Nampak Mak Mertua Lalu yang dikongsi oleh Saudara Mizan As-Syatirie Jom kita tengok Resepi Sambal Belacan Yang Meletup ni sampai mak mertua lalu pon tak nampak..

SAMBAL BELACAN BAKAR TAK NAMPAK MAK MERTUA LALU

Haaaaa… Nasi pepanas… Lagi mau tanya?? Ni resipi atok eh kalau ada yg nak try..

BAHAN-BAHAN:

Belacan – Lebar 4 jari tangan (bakar bagi hangus2 sikit.. nak lebihkan sikit belacan pun takpe.. lagi sedap)
Ikan Bilis – 1/2 genggam (rendam air panas)
Udang Kering – 1/2 genggam (rendam air panas)
Bawang Merah – 10 biji
Bawang Putih – 5 ulas
Lada Merah – 7 biji
Cili Padi Merah – 11 biji
Gula Pasir – 1 1/2 sudu besar
Gula Melaka – 1 sudu besar
Ajinomoto sikit
Limau Kasturi – 7 biji
Cuka – 1 sudu teh

CARA-CARANYA:
Perah udang kering dan ikan bilis.. Tumbuk lumat dgn bawang dan cili semua.. Masukkan gula semua..

Bila dah lumat, masukkan belacan bakar.. Tumbuk lagi.. Jangan risau.. Bagi lengan keluor muscle sikit..

Masukkan ajinomoto sikit.. Cedok masuk dalam mangkuk besor.. Guna sudu gaul sebati.. Lenyek2 sikit..

Perahkan limau kasturi.. Masukkan je kulit dlm tu.. Last skali masukkan cuka… Gaul sebati… Setel..

Cedok nasi, makan lerrrr… Jangan risau kalau sambal ni tak abes, esok boleh campak dalam kuali, goreng bagi garing pastu pecahkan telur, masuk nasi sejuk.. letak garam sikit.. Jadi nasi goreng kampung sedapppp!!

Selamat Mencuba..

SUMBER : FB Mizan As-Syatirie Via KakiTular.com

Kalau rasa bermanfaat Like & Share la yee… TQ

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*