Saksikan Detik Mendebarkan Azizuhasni Awang Memenangi Pingat Emas

VIDEO PENUH DI BAWAH

Berbasikal trek: Azizulhasni tepati ramalan, sumbang emas kelima

Pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang, meraih emas kelima buat kontijen Malaysia apabila memenangi acaa acara pecut individu lelaki saingan Sukan Asia 2018, sebentar tadi.

Azizulhasni yang meneruskan kemaraan ke final selepas menewaskan pelumba Korea Selatan, Im Chae-bin, dalam separuh akhir di Velodrom Antarbangsa Jakarta.

Berdepan wakil Jepun, Tomohiro Fukaya dari Jepun dalam final yang mengatasi rakan sepasukan Azizulhasni, Shah Firdaus Sahrom, dalam perlumbaan terdahulu.

Azizulhasni membuktikan dia merupakan pelumba yang lebih unggul dalam persaingan tiga perlumbaan terbaik dan memenangi dengan keputusan 2-0.

Kemenangan “The Pocket Rocketman” ini menyaksikan Malaysia kini telah meraih lima emas dalam saingan Sukan Asia, ketinggalan dua sahaja lagi daripada tujuh emas yang telah ditetapkan sebelum saingan bermula.

Sementara itu, Shah Firdaus yang beraksi dalam penentuan pingat gangsa, terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 kepada wakil Korea Selatan, Chae-bin.


Imej: Asiana