Restoren Agak Terkenal Di Melaka Bertindak Gantung Ayam Di Luar Kedai Mengundang Kemarahan Netizen

Kenapa makin ramai tular di media sosial tentang kebersihan kedai makan? Baru baru ini tular isu cuci pinggan guna air longkang oleh salah satu kedai makanan yang agak popular. Minggu ini juga tular tentang makanan tetapi berkenaan tin sardin yang mengandungi cacing yang boleh diklasifikasikan sebagai bahaya untuk kesihatan.

Mengapa pemilik restoren atau produk makanan tidak boleh menjaga sensitiviti dan kebersihan makanan mereka. Adakah ini salah satu taktik untuk mendapat ramai pelanggan dengan menggunakan kaedah tular? Sekiranya restoren anda bersih dan sedap, jangan risau pasti akan ada orang datang.

Nampaknya piawaian untuk kebersihan di kedai makanan tidak bertambah baik dan menjadi lebih teruk. Ingat peristiwa kejadian Raj’s Banana Leaf?

Baru-baru ini, seorang netizen memuat naik sebuah video ke Facebook yang membuat semua orang berasa mual apabila menontonnya!

Wanita itu berkongsi bagaimana restoran terkenal di Melaka meletakkan menggantung ayam yang dimasak di belakang restoran dan meninggalkannya tanpa pengawasan. Lebih buruk lagi, ia dipamerkan secara terbuka, menarik perhatian burung gagak yang berada disekitar untuk memakannya.

“Apabila suami saya melihat kejadian itu, dia merakam video kejadian itu sebagai bukti dan menunjukkannya kepada pemilik restoran. Walau bagaimanapun, pemilik restoran tersebut bertindak kurang sopan terhadap suami saya dan tidak mengendahkan aduan itu.”

Dalam video yang dikongsi beliau, kelihatan sekurang-kurangnya dua ekor gagak memakan ayam tersebut, sebelum kakitangan restoran tersebut bertindak menghalau burung-burung tersebut.

Nota penting: Tidak pasti sama ada ayam tersebut dihidangkan kepada pelanggan.

SUMBER : ERA BARU

Video Penuh

Posted by Anjali Ragu on Wednesday, 27 June 2018

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*