RESEPI UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN, SANGAT MUJARAB!!!

Ada satu resepi yang mudah untuk buang angin dalam badan. Di katakan sangat mujarab untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Boleh dijadikan amalan seharian. Selain itu tersangatlah banyak khasiatnya selain dari buang angin dalam badan.

Yang paling bagus, guna bahan-bahan dapur je. Tak payah susah-susah nak cari bahan. Jenguk kat dapur jer. Ada minuman ni yang dah dibotolkan dan dijual di pasaran sekarang ni. Tapi itu untuk orang yang kurang kerajinan atau pun yang dah gantung huruf M kat leher. Lebih bagus dan jimat buat sendiri, kan!….hihi!

 

RESEPI UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN

Bahan-bahan:
3 batang serai
4cm halia @2 ketul sebesar ibu jari tangan

Cara-cara:
Serai dan halia tu di ketuk-ketuk biar pecah-pecah sedikit. Rebus bersama 3 gelas air. Biarkan air sejat sehingga air rebusan menjadi 1 gelas.

Tunggu sedikit suam. Bolehlah di minum. Rebusan ini seeloknya di minum seminggu 2 / 3 kali. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

**Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan, kolestrol tinggi dan sakit urat saraf.

p/s : Rasanya menyengat jugalah tapi fikirkan khasiatnya… 🙂

 

Source :huhahuhajerr.com

Bagaimana cara nak buat Air Teh Pudina?

Bahan-bahan diperlukan:

  • 20 helai daun pudina
  •  1 uncang teh
  • 4 cawan air
  • 4 sudu makan gula
  • 1 biji lemon (Dibelah 2)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan daun pudina dan uncang teh ke dalam teko.
  2. Panaskan air sehingga mendidih.
  3. Tuangkan ke dalam teko dan biarkan selama 8-10 minit.
  4. Masukkan gula dan kacau rata.
  5. Perahkan lemon dan hidangkan semasa panas.

sumber myresipi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*