RAKYAT MARAH LESEN JUDI SUKAN DILULUSKAN UNTUK VINCENT TAN, TUN MAHATHIR DIPERSALAHKAN.

Sebuah lagi video menjadi viral kerana ianya menerima pelbagai reaksi netizen yang mengutuk keras tindakan Tun Mahathir meluluskan lesen judi sukan rakan baiknya, Vincent Tan buat pertama kalinya di Malaysia. Tan Sri Dato ‘Seri Vincent Tan Chee Yioun adalah ahli perniagaan dan pelabur Malaysia. Beliau adalah pengasas Berjaya Corporation Berhad, konglomerat pelbagai yang disenaraikan di bursa saham Malaysia. Di samping memegang saham melalui kumpulan syarikat Berjaya Corporation, kepentingan lain Tan termasuk kepentingan dalam perniagaan berkaitan internet, utiliti air, media, runcit dan telekomunikasi.

Menurut video yang disebarkan , Lesen Judi Sukan yang sebelum ini disekat oleh kerajaan lama akhirnya diluluskan oleh Tun Mahathir. Vincent Tan turut dikatakan merupakan seorang rakan baik Mahathir yang telah sekian lama membuat permohonan untuk meluluskan lesen judi sukan dari kerajaan Malaysia , Namun gagal dan disekat oleh kerajaan yang sebelumnya.

Didalam video tersebut juga turut disertakan video lama mengenai permohonan Mahathir kepada bekas perdana menteri Malaysia Dato seri Najib Razak untuk meluluskan lesen judi rakannya namun telah ditolak oleh bekas perdana menteri Malaysia tersebut . Beberapa lagi permohonan Mahathir tidak dapat dipastikan samada diteruskan dalam kerajaan baru atau tidak.

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang menyokong bahawa Mahathir tidak patut melakukan hal tersebut dan meskipun Mahathir kini adalah perdana menteri baru Malaysia, Mahathir tetap salah kerana kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama islam kebanyakan tidak bersetuju dengan tindakan Mahathir untuk meluluskan lesen judi tersebut.

Sumber Indahnya Islam

NAJIB RAZAK TANYA SENDIRI KEPADA ROSMAH KENAPA BANYAK SANGAT BARANG KEMAS. INI JAWAPAN ROSMAH YANG BUAT NAJIB SENDIRI TERKEJUT

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak mendakwa bahawa beliau tidak sedar koleksi barangan kemas dan barang-barang lain menyeluruh milik isterinya dan menyatakan bahawa dirinya seperti suami-suami yang lain.

Dalam temu bual eksklusif bersama Malaysiakini pada Rabu, bekas perdana menteri itu berkata, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20 tahun.

Malah, nilai ketika sesebuah barangan itu dibeli juga perlu diambil kira, katanya.

“Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila ia dihadiahkan atau bila ia dibeli. Penilaian (bagi barangan tersebut) boleh berubah.

“Jadi janganlah kita terlalu teruja. Biar kita lihat barang-barang itu, setiap satu barangan tersebut.

“Kami harap ada peluang ia dibuat penilaian dan kita boleh buat kesimpulan berhubung sumber barangan tersebut serta dapat penjelasan mengenai barangan yang telah dirampas oleh pihak polis,” kata Najib.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sidang media pihak polis berhubung nilai barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib pada pagi tadi.

Menurut Najib lagi beliau juga tidak diberi senarai lengkap tentang barangan yang disita semasa serbuan polis di rumahnya di Jalan Duta serta di tiga unit kondominium di Pavillion Residences di Kuala Lumpur pada bulan lalu.

Kata bekas perdana menteri itu, beliau hanya diberi senarai yang tidak lengkap beserta penerangan yang tidak jelas tanpa gambar barangan yang dirampas.

“Tetapi apa yang saya tahu, selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan, kami dihadiahkan dengan pelbagai barangan oleh pemimpin antarabangsa serta rakan-rakan peribadi.

“Saya tahu ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah. Sebagai contoh, (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengaku beliau menerima 40 ekor kuda daripada rakannya dan beliau juga secara terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya. Jadi ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah,” ujarnya.

ROSMAH SENDIRI TERKEJUT DENGAN BARANG SEBANYAK ITU

Selain itu, ditanya jika beliau ada bercakap dengan isterinya berhubung pendedahan terkini yang dibuat pihak polis pagi ini, Najib berkata Rosmah sendiri terkejut dengan jumlah yang diumumkan.

“Saya fikir penilaian itu… dia (Rosmah) tidak percaya jumlahnya seperti itu. Dan beberapa barangan juga, seperti barangan kemas, ia mempunyai rekod bahawa ia dikirim. Jadi kita perlu mengenal pasti barang-barang itu dan memulangkannya (kepada pengirim),” kata Najib.

Najib turut memberitahu, terdapat barangan kemas yang dirampas bukan milik Rosmah.

Malah, terdapat juga barangan yang dirampas milik anak perempuannya Nooryana Najwa, suaminya serta ibu mertuanya.

Beliau juga mendakwa, pemilik barang kemas yang menghantar barangan tersebut kepada pihaknya untuk tujuan tontonan- kini membuat tuntutan supaya barang tersebut dipulangkan semula.

Ini salah satu yang diberi untuk tontonan sahaja.

 Rosmah Mansor : CINCIN RM24 JUTA (BERSUMPAH)

“Janganlah kita terus membuat kesimpulan. Benarkan kami memeriksa barangan tersebut secara individu,” kata Najib lagi.

Beliau turut menambah, selepas senarai barangan yang disita itu diperiksa, terdapat beberapa perkara lain yang perlu diambil kira.

“Kita perlu tahu tarikh pembelian, seperti barangan kemas.

“Seperti yang anda tahu, harga bagi sebuah batu sama ada ia diperolehi atau yang dihadiahkan pada 20 tahun lalu, lebih rendah daripada harga yang dibayar kerana harga batu meningkat dengan begitu ketara bergantung kepada penilaiannya,” katanya.’

Sementara itu, Najib turut mengulas mengenai wang tunai sebanyak RM116 juta yang diperolehi semasa sebuan oleh pihak berkuasa.Sebelum ini, Najib memberitahu bahawa wang itu merupakan perbelanjaan untuk pilihan raya umum.

Sehubungan itu, ketika ditanya tentang penemuan wang tersebut selepas pilihan raya umum 9 Mei, Najib berkata:“Anda tidak akan tahu berapa banyak kos (kempen pilihan raya) sebenarnya. Dan anda juga tidak akan tahu berapa banyak orang yang akan memberi sumbangan kepada anda.

“Mustahil untuk ada kosong baki bersih. Walau apa pun, bila anda bertanding untuk pilihan raya, anda perlu keluarkan duit untuk sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

“Jangan lupa bahawa saya ialah presiden parti Umno dan BN dengan 13 buah parti komponen.”

Pada sidang akhbar pagi Rabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh mendedahkan, barangan yang dirampas di hartanah yang dikaitkan dengan Najib bernilai RM686.37 juta.

Bagaimanapun, nilai dalam pasaran semasa boleh meningkat antara RM910 juga sehingga RM1.1 bilion. Antara barang yang dirampas ialah barangan kemas yang bernilai RM440 juta.

Pada bulan lalu kediaman Najib serta rumah yang dikaitkan dengannya diserbu ekoran dakwaan bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1MBD.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Rosmah belanja AS$6 juta beli baju, kasut, barang kemas – dakwa WSJ

Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan AS$ 6 juta membeli pakaian, kasut dan barangan kemas.

Akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendakwa isteri perdana menteri, membuat perbelanjaan itu antara 2008 dan 2015.

Ia dibuat di gedung beli-belah Harrods di London, Saks Fifth Avenue di New York dan di beberapa tempat lain.

Pada Mac lalu, WSJ melaporkan Rosmah membelanjakan € 750,000 di gedung barangan kemas De Grisogono milik Swiss di cawangan Itali dan AS$ 130,635 di Chanel di Honolulu, Hawaii.

SUMBER : Youtube KINI TV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*