‘Rahsia plastik Papadom kembang macam belon’ – Loya tekak netizen tonton video kebenaran ini

Viral di media sosial video seorang pekerja restoran mamak melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya sehingga menimbulkan rasa jijik netizen yang menonton video tersebut. Dalam kejadian yang tidak diketahui lokasinya itu berlaku di sebuah restoran mamak menunjukkan seorang pekerja lelaki membungkus papadom. Sebaik saja memasukkan papadom dalam plastik, pekerja itu memerhatikan keadaan sekeliling dan setelah dipastikan tiada yang melihatnya, dia meniup plastik itu agar ia kembung lalu diikat sebelum dijual kepada pelanggan. Tidak hairanlah pelanggan seringkali melihat plastik berisi papadom itu sentiasa berada dalam keadaan kembung dengan sangkaan papadom itu tidak akan lemau. Tetapi video kebenaran menunjukkan sebalik. Tindakan pekerja terbabit adalah adalah tidak sepatutnya dilakukan. Selain membabitkan isu kebersihan, juga dibimbangi akan berlakunya jangkitan penyakit, kuman, bakteria pada pelanggan. REAKSI NETIZEN SUMBER : Infobenar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*