Rahsia anak yang mempunyai Dua Pusar Di Kepala.

Anak Anda Mempunyai Pusar Dua? Ramai Yang Tidak Tahu Rahsia anak yang mempunyai Dua Pusar Di Kepala..

~Perasan tak ada individu yang mempunyai satu pusar pada rambut. Ada yang mempunyai dua pusar pada rambut.

#Anak yang mempunyai dua pusar dikatakan agak nakal sikit, susah nak diuruskan, sukar untuk difahami, dan agak degil sekali. Anak saya yang sulung mempunyai dua pusar di kepalanya.

#Memang sebegitulah sifat semulajadinya, tambahan lagi sangat petah bercakap, banyak bertanya yang perlu kita jawab, adakalanya atuk, nenek dan pakcik dan makcik sangat pening melayannya. Namun begitu sangat mudah diuruskan jika kena dengan gaya dan perlu banyak memuji nak memujuk anak.

#Menurut Dato’ Fadzilah Kamsah lagi, sifat Individu yang mempunyai dua pusar sebenarnya samgat banyak akal, banyak idea, dan sangat bijak.

#Anda mempunyai anak yang dua pusar di rambut?

-PBDC

Ini cerita dari seorang IBU yang mempunyai anak kepala 2 pusar …

Lepas aku lahirkan Princess 3 tahun lepas, benda pertama aku tengok lepas yg lain lain ialah pusar kepala anak aku.hahaha. Dari dulu orang kata, anak yg ada 2 pusar ni DEGIL! NAKAL! hahaha. Princess pulak mcm mana eh??? hurmmm.

Betul sangat apa yang petikan kat atas tu cakap, mmg itulah PERANGAI Puteri Imann Sophea. nak kata NAKAL sangat tu tak lah! tapi ‘ ada ‘ jugak kenakalan dia yg buat sampai aku rasa GRRRRRRRRRR budak ni aku lepok gak kang! hahaha.

Susah Diurus? hmm tak jugak, Princess jenis okay je, TAPI, ko jangan TENGKING dia, hah! tu pantang, kalau ko marah-marah, mampus dia takkan buat, cuba kalau cakap baik baik, psycho sket, mst dia dengar.

Sukar difahami, yg ni ye jugak, kadang kadang tak faham apa yang dia nak, mmg pening nak faham kan, tapi lama-lama, kami mak pak dah imune dah. tau dah perangainya.

Degil dan ikut kepala dia jeee, yg ni mmg satu hal jugak, dia ni jenis, dia je yg betul, padahal mmg dia dah buat salah, kalau kita cakap ” princess, jgn panjat, nt jatuh, sakit ” dia cakap apa tau, ” mana ada jatuh, tak sakit pun ” huh! geram sgt aku! princess jenis baran, dia tak leh stress.hahaha bayangkan lah, sampai kalau tengok youtube, then buffering pon dia boleh mengamuk, bayangkan lah! kalau dia NAK, dan dan tu dia NAK, kalau tak, melalak! haih!!! TAPI, ada cara nak calm down kan dia, ko kena cakap baik baik dengan dia, pujuk dia, peluk dia. Then dia akan ok.

Kami laki bini like have to gilir-gilir bg dia calm down, kalau aku x tahan sgt, suami aku akan pujuk dia, kalau laki aku pulak tgh marah, aku akan pujuk dia, kalau DUA-DUA tgh marah, kami biarkan je dia nangis.hahahaha. last last NENEK dia pujuk.hahaha

Tapi ada sorg makcik ni dia tengok princess, dia tgk pusar princess, dia kata budak ni BIJAK, PANDAI. mmg agak nakal, tp bijak budaknya. jangan lah risau.

Princess kalau bercakap, mmg petah sgt, mcm org tua. kami nak tergelak kalau borak dgn dia.hahaha. Tapi tu lah, nak handle dia mmg kena ada cara, dia tak boleh ko nak terjah marah marah, lagi lah dia ngamuk. kena cakap elok elok je, TAPI kalau ibuu dah jadi HULK. ko rasa? nak ckp baik baik lg ke.hahaha. Tapi yelah, aku cuba, aku masih dlm prosess mencuba. bila time kita penat, time kelam kabut lah dia nak buat hal, tu yg bengang gak tu.

Anyway, goodluck lah buat korang yg ada anak 2 pusar

Sumber : gedebakviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*