Pukul RELA, Datuk Seri direman empat hari!

LELAKI bergelar Datuk Seri berusia 29 tahun yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika mereka bertugas di sebuah tokong di Jalan Ampang, minggu lalu, direman empat hari bermula hari ini hingga 3 November.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan tempoh reman itu untuksiasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.

Terdahulu, lelaki yang memakai kemeja-T putih itu tiba di Mahkamah Ampang pada jam 9.30 pagi sebelum diiiringi anggota polis ke kamar mahkamah pada jam 10.50 pagi untuk prosiding reman.

Prosiding itu mengambil masa lebih sejam sebelum lelaki itu dibawa keluar pada jam 12 tengah hari.

Semalam, lelaki berkenaan ditahan polis pada jam 4 petang selepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi Jumaat lalu, tiga anggota RELA, Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie,21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing mengalami bengkak pada mata kiri selain sakit pada beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki berkenaan.

Mereka mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta Datuk Seri itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

 

Berikutan kejadian itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang selain turut membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA

Hmetro

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Katanya, perintah reman terhadap lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Ampang, esok (31 Oktober).
Wajah & Identiti “Datuk Seri” itu sudah dikenal pasti

Hasil pendedahan netizen, Datuk Seri itu dikenali sebagai Nicky Liow Soon Hee, berusia 29 tahun dan berbangsa cina.

Dilihat pernahe brgambar bersama bekas IGP, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan mengenakan pakaian kemeja logo ‘PDRM’.

Dipercayai menerima darjah kebesaran daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada tahun 2012.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, tiga anggota RELA iaitu Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie,21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing cedera bengkak di mata kiri, selain sakit di beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Mereka mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta ‘Datuk Seri’ itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

 

Berikutan kejadian, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang, selain turut membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA.

Datuk Seri itu juga didakwa cuba rasuah anggota RELA terbabit untuk menarik balik laporan polis yang dibuat.

Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin berkata, salah seorang mangsa telah dihubungi oleh seorang individu yang didakwa menawarkan wang RM10,000 jika mereka sanggup membatalkan laporan polis tersebut.

Datuk Seri terbabit telah mengarahkan seorang individu yang bertindak sebagai ‘orang tengah’ membuat tawaran itu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Suspek juga boleh dikenakan hukuman dibawah seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana menawarkan suapan.

INFOKINI via eraviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*