PILU APABILA MELIHAT MANGSA KEMALANGAN YANG BARU SIHAT MENERIMA PERKHABARAN TENTANG PEMERGIAN KEDUA ORANG TUANYA

Sesiapa pun yang berada di tempat beliau pasti tidak akan dapat menerima hakikat kehilangan orang tersayang apabila sihat daripada kecederaan akibat daripada kemalangan yang sama.

Terutamanya orang itu adalah ibu, bapa dan makngah tersayang. Yang menambah lagi kepedihan, beliau juga yang memandu kereta tersebut pada hari kejadian.

Namun siapalah kita untuk melawan takdir Allah. Setiap ujian yang Allah bagi pasti tidak akan melebihi kemampuan kita. Pasti ada rahmat yang sangat besar di sebalik kejadian ini dan keluarga ini menerima pembelaan yang sewajarnya.

Buat adik, kami doakan Allah berikan kekuatan dan ketabahan untuk adik dan keluarga bangun semula daripada ujian ini. Bangunlah sayang. Kami sentiasa di belakang adik.

https://web.facebook.com/haslina.joes/videos/2645396228819706/

Perkongsian Cik Haslina Joes

Bukan mudah utk keluarga kami nak lalui semua nie….hari ke 7 kehilangan mak n abah…hari nie jugak adik baru tahu y dia kehilangan mak n abah…

Now org y melanggar tu rasa apa yer….adik kena kemurungan…dh mula salahkan dirinya tanpa henti….😭😭

Ya Allah kuatkan lah kami sekeluarga

https://www.facebook.com/haslina.joes?fref=nf&_rdc=1&_rdr

Petikan berita terdahulu,

Tiga m4ut kereta bertembung lori pasir

KOTA TINGGI: Tiga m4ut, manakala seorang parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pasir di Felda Sungai Sayong di sini, pagi tadi.

Mereka yang m4ut dikenali sebagai Salihen Othman, 66; isterinya, Asnah Jalani, 82; dan adik kepada Asnah, Zarah Jalani, 72.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Shahrul Nizam Johari, berkata sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 10.44 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati lori pasir itu dalam perjalanan dari arah Bandar Tenggara ke Felda Bukit Besar, manakala kereta PERODUA Viva yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan sebelum bertembung di lokasi kejadian.

“Tiga mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita yang juga penumpang hadapan dan belakang meningg4l dunia di tempat kejadian.

“Sementara pemandu kereta berkenaan iaitu seorang lelaki parah dalam kemalangan ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan semua mangsa daripada kereta yang remuk itu.

“Pemandu lori pasir tidak cedera dan semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi tindakan lanjut,” katanya.

Sumber daripada Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*