Persembahan cemas dengan buaya ini berakhir dengan gelak ketawa. Ini sebabnya

Buaya sentiasa digambarkan sebagai haiwan yang ganas. Pernah dilaporkan apabila SEORANG penjinak buaya di sebuah zoo di Ko Samui, Thailand, hampir m*ut dibaham buaya ketika membuat pertunjukan ‘berani mati’ memasukkan kepalanya ke dalam mulut reptilia itu dan buaya itu tiba-tiba ‘membaham’ kepalanya sebelum menghayunkannya ke kiri dan kanan.

Sejinak-jinak buaya, ‘makan’ tuan juga

Kejadian Ahad lalu itu berlaku ketika pekerja zoo terbabit membuat persembahan untuk sekumpulan penonton.

Menurut Mirror, dalam rakaman video kejadian itu, lelaki berkenaan melutut sebelum memasukkan kepalanya ke dalam mulut buaya yang ternganga luas.

Selama beberapa saat persembahan rutin itu itu berjalan lancar, namun buaya berkenaan tiba-tiba menutup mulut, ‘mengepit’ kepala lelaki berkenaan dan menghayunkannnya ke kiri dan kanan sebelum kepala mangsa terlepas daripada mulut haiwan itu.

Lelaki itu kedengaran menjerit kuat dan terduduk di lantai manakala buaya berkenaan berjalan masuk ke dalam kolam.

Menurut keterangan pada video yang dimuat naik itu, sebelum persembahan, lelaki terbabit menunjukkan kecederaan lampaunya akibat buaya, termasuk kehilangan satu jari kepada penonton.

Persembahan  buaya yang kelakar:

Tapi lain pula dengan persembahan ini, apabila seorang lelaki yang cuba meletakkan sesuatu dimulut buaya, tiba2 terkejut dan semua  bertempiran lari. Mereka ingat terdapat buaya lain yang mengganas tapi rupa2nya hanya salah seorang kawan mereka tergelincir sebelah kaki ke dalam kolam. Melihat kepada reaksi cemas mereka buat penggunjung tergelak

Lelaki Ini Tidak Dapat Menahan Tangisan Apabila ‘Sahabat Baiknya’ Pergi Untuk Selama-lamanya

Seorang lelaki menyelamatkan seekor buaya yang ditembak, persahabatan selama 20 tahun yang terjalin ini sangat tidak dijangka

Buaya merupakan haiwan pemangsa liar yang digeruni ramai. Tidak ramai yang berani mendekati seekor buaya apatah lagi merapati semasa ia cedera malah membawanya pulang ke rumah.

Tapi, itulah yang dilakukan oleh Chito, seorang nelayan di Costa Rico.

20 tahun yang lalu, Chito menemukan seekor buaya panjang 17 kaki yang cedera ditembak dan sedang menghembuskan nafas terakhirnya di tepi sungai.

Pada ketika itu, Chito bernekad untuk menyelamatkannya dan segera membawa buaya tersebut pulang ke rumahnya. Chito menjaga dan memberikannya makanan malah menamakannya Pocho.

Chito tidak menyedari bahawa perbuatannya ini bakal memulakan sebuah persahabatan 20 tahun yang erat.

Chito berkata, “Saya cuma harap dia (Pocho) dapat merasai kasih sayang dan tahu bahawa bukan semua manusia jahat”.

Selepas Pocho pulih sepenuhnya, Chito telah membawanya kembali ke tepi sungai, kembali ke habitat asalnya.

Tidak disangka-sangka, keesokan harinya, Chito menemukan seekor buaya di koridor rumahnya. Pocho rupa-rupanya! Semestinya Pocho telah berjalan semalaman hinggalah dia berjaya menemukan rumah Chito.

Pada saat itu, Chito sedar bahawa Pocho telah menganggapnya sebagai seorang kawan.

Untuk 20 tahun seterusnya, mereka berenang dan bermain bersama malah berpelukan.

Pocho bukan sahaja begitu jinak dengan Chito tetapi juga “menyahut” apabila Chito memanggilnya.

Namun begitu, pada usia 50 tahun, Pocho lebih dahulu meninggalkan Chito. Kesedihan Chito atas pemergian kawan akrabnya itu tidak tergambar.

Chito kini berusaha untuk menyebarkan kisah persahabatan mereka ke seluruh dunia untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap haiwan liar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*