Pernah Beli Jagung Cameron Highland? Makan Kat Sana Manis, Bawak Balik Tawar. Wanita Ini Ada Penjelasan…

Dalam zaman kini bukan sahaja barangan elektrik, baju yang berjenama, atau pakaian sukan diciplak malah buah-buahan juga menjadi mangsa diciplak.

Buah-buahan yang sepatutnya menjadi makanan yang menyihatkan tetapi anda sekarang perlu berhati-hati membelinya kerana terdapat buah-buahan tiruan.

Viral di Facebook, rakaman satu video yang menunjukkan seorang peniaga yang bertanggungjawab memberi penerangan mengenai jagung mutiara yang asli.

Menurut peniaga ini, pasaran memang mempunyai dua jenis produk jagung, jagung mutiara asli dari Cameron Highland, manakala yang tiruan ialah tanaman jagung dari Ipoh, Perak.

Pastikan anda melihat ciri-ciri yang dinyatakan di bawah supaya dapat menikmati jagung mutiara asli dari Cameron Highland.

1. Tekstur Kulit

Tekstur kulit jagung tiruan keras dan kesat. Tetapi, kulit jagung asli lembut dan licin. Sebelum anda membeli jagung mutiara, anda perlu merasai kulitnya terlebih dahulu untuk membandingkan kulit yang licin atau kesat.

Jagung mutiara asli

Jagung mutiara tiruan

2. Biji Jagung 

Perbezaan juga dapat dibezakan daripada warna biji jagung. Jagung mutiara asli hanya mempunyai dua warna iaitu kuning dan putih. Tetapi, jagung mutiara tidak asli mempunyai ton warna yang tidak sekata antara warna putih dengan kuning.

Ini sahaja perbezaan yang perlu diperhatikan supaya para pengguna tidak tertipu. Ketika membeli jagung mutiara, terdapat juga penjual yang mencampurkan jagung mutiara asli dengan tidak asli bagi mengaburi mata pengguna.

Peniaga ini turut berkata, jagung mutiara asli mempunyai rasa lemak seperti santan dan manis seperti gula walaupun tidak perlu dimasak.

Kepada para peniaga, berniagalah dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Sedarlah anda juga mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengguna.

Cara nak tahu jagung ori Cameron Highland atau tak..

Ramai ke #CameronHighland kena tipu beli jagung kata jagung original tanam di Cameron Highland.

Ni cara sebenarnya nak tahu ori ke tak ori…
Sebarkan!

Cara nak tahu jagung ori Cameron Highland atau tak.. Ramai ke #CameronHighland kena tipu beli jagung kata jagung original tanam di Cameron Highland. Tup tup…bawang rasanya…😂😂😂Ni cara sebenarnya nak tahu ori ke tak ori…Sebarkan!

Posted by Sembang Teh Tarik on Tuesday, 6 March 2018

Sumber: Era Baru 

By : KakiTular

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*