Perbicaraan Dihenti Seketika Selepas Najib Tiba-Tiba ‘Hilang’

Prosiding rayuan Najib Razak di Mahkamah Rayuan hari ini dihentikan seketika susulan tindakan bekas perdana menteri itu yang keluar ke tandas tanpa memberitahu sesiapa termasuk peguamnya.

Ketika penghujahan lisan peguamnya Harvinderjit Singh, Hakim Zabariah Mohd Yusof yang mempengerusikan panel tiga hakim sedar Najib tiada di kamar mahkamah.

Beliau bertanya Harvinderjit tentang perkara itu. Peguam itu kemudian berpaling dan mendapati Najib tiada di tempatnya, dan memberitahu Zabariah beliau akan memeriksa perkara itu.

Zabariah kemudian memerintahkan prosiding ditangguhkan seketika.

Ketika prosiding disambung dan Najib kembali semula, peguamnya Muhammad Shafee Abdullah memohon maaf kepada panel hakim.

” Kami mohon maaf, Najib tidak tahu (beliau perlu memaklumkan kepada mahkamah sebelum ke tandas).

” Harvinderjit (berhujah) dengan cukup baik,” katanya berseloroh dan membayangkan semua orang tertumpu dengan penghujahannya sehingga tidak sedar Najib meninggalkan kamar.

Shafee memberitahu hakim bahawa beliau telah menjelaskan kepada Najib pentingnya untuk memberi isyarat kepada peguam untuk memastikan sama ada prosiding boleh dihentikan untuk membolehkannya ke tandas.

Ketika ditemui selepas prosiding, Shafee berkata Najib hanya menunjukkan ketertibannya.

” Dia bukan peguam. Dia fikir dia bertindak tertib dengan secara senyap meninggalkan kamar untuk tidak mengganggu prosiding. Dia tak tahu tak boleh keluar, walau seminit (tanpa minta kebenaran),” katanya.

Mahkamah Rayuan hari ini mendengar empat permohonan Najib berhubung kes SRC International.

Beliau berdepan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah melibatkan RM42 juta wang syarikat berkaitan 1MDB itu.

Sementara itu, Shafee berkata keadaan tangannya semakin baik selepas anjingnya melompat mahu bermain dengannya.

Ia menyebabkan perbicaraan kes berkenaan SRC International yang sepatutnya diadakan 12 Mac lalu, ditangguh ke hari ini.

” Sudah semakn baik sekarang. (Sebelum ini) bengkak,” katanya lagi.

Najib ‘troll’ selepas cerita pasal dia hilang jadi tajuk berita

Apa yang menarik selepas akhbar utama menyiarkan cerita Najib ‘hilang’ itu, beliau telah memuat naik status ‘troll’ di akaun FB beliau.

” Hari ini saya ke bilik air untuk 5 minit..”

” Terus menjadi Berita Utama nasional..”

” Tapi seorang MB naik feri pagi untuk berkunjung ke Pulau Batam dibadai bayu laut semasa negeri beliau dalam bencana, jumlah mangsa semakin meningkat, media tempatan buat buat tak nampak..”

Rata-rata netizen terhibur dengan status tersebut dengan mengatakan sokongan terhadap Najib. Malah ada juga yang memerli beliau

” G tandas pun jadi isu…dato kencing je depan dorang bio terbeliak biji Mata dorang..”

” Siapa main golf dengan obama masa banjir besar dulu Najib Razak..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*