PENIAGA dijatuhi hukuman gantung dikutuk netizen.

Akibat dari hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah terhadap seorang lelaki yang dikatakan telah menetak penyamun yang memecah masuk rumah beliau hingga mati, lelaki tersebut telah dikenakan hukuman gantung sampai mati namun ini telah menimbulkan reaksi negatif dari netizen yang berpendapat bahawa perkara tersebut adalah tidak adil dan lebih menyebelahi penyamun.

Namun peguam telah tambil untuk memberikan keterangan mengenai kes tersebut.

Coretan Peguam (Siri 80) (Repost)

HAK MEMPERTAHANKAN DIRI

Terima kasih saya kepada sahabat sahabat yang bertanyakan soalan melalui private massage, whatsapp, fb dan sms saya mengenai hak membela diri terutama kepada tuan rumah jika berlaku kejadian mencuri, menceroboh rumah dan menyamun di rumah kita.

Saya menghargai soalan tuan puan sekelian.

Saya coretkan satu kes yang ada dalam pengetahuan saya untuk kita sama sama berfikir terutama hak sebagai tuan rumah.

Persoalan yang sering ditimbulkan masyarakat ialah, tidak adil jika rumah dimasuki pencuri atau perompak dan jika tuan rumah ‘mengapa apakan’ pencuri tersebut maka tuan rumah yang akan dipersalahkan. Tuan rumah boleh dihukum gantung jika membunuh pencuri.

Ada yang secara sinis menyatakan jika pencuri datang, tuan rumah wajar membentang permaidani merah atau red carpet bagi ‘menyambut’ kedatangan mereka.

Adakah undang jenayah kita sezalim yang sesetengah orang kita sangkakan?

Mungkin sebagai pengamal undang undang jenayah, saya melihat dari pelbagai sudut iaitu sudut tuan rumah, perompak, peguam, polis dan pendakwaraya.

Tidak keterlaluan saya juga melihat dan mengkaji pandangan dan keputusan mahkamah bagi kes kes terdahulu yang dirujuk.

Saya bawakan satu cerita sebenar yang hanya dapat dijelaskan semasa perbicaraan di mahkamah dan bukan ketika tertuduh dituduh di mahkamah dan kes ini telah mendapat liputan luas akhbar arus perdana dan di laman sosial.

Cerita ini adalah satu kisah yang benar benar terjadi di negara kita.

Simati bersama seorang kawan telah cuba mencuri sebuah motosikal milik tuan rumah yang diletakkan di hadapan rumah.

Simati bersenjatakan alatan tajam berbentuk T dan spanar bagi membuka kunci motosikal bagi tujuan mencuri.

Tidak dinafikan bahawa alatan tersebut adalah sangat merbahaya dan boleh membunuh tuan rumah jika disalahgunakan.

Ketika sedang leka membuka kunci motosikal, tiba tiba simati disergah oleh tuan motosikal yang juga tuan rumah.

Mereka berdua terus melarikan diri. Pada ketika itu tuan rumah datang dengan bersenjatakan parang panjang.

Pencuri tersebut terus melarikan diri akibat terkejut namun dikejar oleh tuan motosikal yang sambil melibas libas parang panjang ke arah pencuri tersebut.

Pencuri tersebut terus melarikan diri lalu terjatuh berhampiran pagar rumah. Pencuri berkenaan telah mengangkat kedua dua tangan tanda meminta maaf dan memohon agar tidak diapa apakan oleh tuan rumah.

Tanpa berfikir panjang, tuan rumah telah melibas libas parang panjang ke arah muka, leher dan kepala pencuri.

Pencuri berkenaan terus menghalang libasan parang menggunakan tangan beliau sendiri dan kemudiannya rebah dan mati di tempat kejadian akibat kehilangan darah yang banyak.

Rakan beliau sempat melihat kejadian tersebut sebelum berjaya melarikan diri.

Rakan mangsa akhirnya ditahan dan telah memberi keterangan kepada polis apa yang beliau saksikan.

Tuan rumah pula memberi keterangan kepada pihak polis menafikan penglibatan dan mempertahankan tindakan beliau membunuh pencuri bagi tujuan mempertahankan diri daripada di apa apakan oleh tuan rumah.

Dengan izin,

Peguam ingin bertanyakan beberapa persoalan;

1. Adakah tuan motosikal yang juga tuan rumah mempunyai hak untuk menikam pencuri tersebut di kawasan laman rumah beliau.

2. Adakah menikam atau melibas bagi tujuan mempertahankan diri oleh tuan rumah daripada diserang pencuri atau,

3. Wujud perasaan dendam dan marah akibat bakal kehilangan sebuah motosikal atau,
mungkin pernah kehilangan motosikal sebelum ini?

4. Motif dan sebab ditikam atau dilibas menjadi soalan yang sangat penting dan releven kepada siasatan pihak berkuasa.

3. Adakah masih ujud lagi keadaan takut yang teramat dan bimbang kepada tuan rumah yang membolehkan beliau mempertahankan diri dari ‘serangan’ pencuri ketika itu.

4. Adakah semasa tuan motosikal menikam pencuri, pencuri itu sedang mengancam nyawa tuan motosikal.

5. Keberadaan pencuri di luar rumah adalah tidak sama dengan keberadaan pencuri di dalam rumah kerana matlamat pencuri hanya ingin mencuri motosikal yang berada di luar rumah.

6. Mungkinkah ukuran panjang parang yang dibawa tuan rumah dan size ukuran senjata iaitu senjata tajam berbentuk T yang dibawa simati juga menjadi ukuran tahap ‘ketakutan’ terutama bagi pihak tuan rumah.

Setelah kejadian, tuan rumah telah membuat satu laporan polis dan mendakwa nyawa beliau terancam,

Akibat tiada pilihan lain maka tuan rumah ‘terpaksa’ melibas, menetak atau menikam lalu menyebabkan pencuri terbunuh.

Pihak polis telah menyiasat dengan penuh profesional, berhati hati di dalam mencari kebenaran dan jawapan sebenar terutama atas kematian pencuri.

Ketika itu semua ahli masyarakat telah membuat penghakiman dan mencerca perbuatan mencuri dan membuatkan tuan rumah menjadi hero kerana berjaya membunuh pencuri.

Tuan rumah adalah hero dan pencuri kekal jahat selama lamanya.

Pihak polis mula menyiasat dengan penuh bertanggungjawab.

Laporan post mortem jelas menunjukkan bahawa simati mati akibat kesan libasan pedang di tangan, kepala dan muka.

Pegawai penyiasat polis mula membuat andaian bahawa pencuri sedang melarikan diri dan telah dikejar oleh tuan rumah.

Laporan forensic mengesahkan kesan darah kepada parang panjang adalah bersesuaian dan sama dengan kesan darah mangsa.

Terdapat kesan cap jari tuan rumah di atas parang panjang tersebut kepunyaan tuan rumah.

Pihak polis telah memperolehi maklumat bahawa parang panjang telah dibawa oleh tuan rumah terutama dari rakan pencuri yang berjaya melarikan diri tersebut.

Di dalam laporam polis,tuan rumah menyatakan telah bergelut dengan pencuri di halaman rumah dan ketika itu pencuri tersebut bersenjata T tajam dan demi mempertahankan diri maka beliau telah menikam tubuh pencuri.

Satu jawapan yang baik namun adalah tuan rumah bercakap benar?

Pihak polis telah membuat siasatan dan melihat bahawa tidak ada kesan debu dan kotoran tanah kepada baju simati yang memungkinkan simati bergelut di atas tanah sebagaimana dakwaan tuan rumah

Juga tidak ada sedikitpon kesan titisan darah bermula dari tempat dikatakan bergelut sehingga ke tempat pencuri itu rebah iaitu lebih kurang 50 meter dari pagar rumah.

Terdapat keterangan dari rakan simati yang menyatakan tuan rumah telah melibas parang panjang lalu mengena simati ketika simati sedang melarikan diri.

Pihak polis kemudiannya membuat kesimpulan bahawa tidak mungkin berlakunya pergelutan di atas tanah kerana baju pencuri tidak ada kesan kotoran tanah dan mungkin telah dibunuh oleh tuan rumah.

Yang ada hanyalah lautan darah yang banyak ditepi pagar tempat simati rebah lalu dilibas oleh tuan rumah.

Jadi cerita tuan rumah membunuh kerana nyawa beliau telah terancam dan menjadi persoalan fakta yang hanya diketahui semasa tuan rumah diadili di mahkamah kelak.

Bila pihak polis membuat rumusan bahawa pencuri dilibas libas oleh tuan rumah bukan secara yang dibenarkan oleh undang undang maka tuan rumah ditahan dan dituduh di mahkamah atas kesalahan membunuh pencuri.

Tuan rumah masih mempunyai hak untuk membela diri di mahkamah dari pertuduhan ke atas beliau.

Maka sebaik sahaja tuan rumah dibawa ke mahkamah dan dituduh atas kesalahan membunuh maka secara tiba tiba seperti cendawan lepas hujan, timbul persatuan- persatuan, orang perseorangan, ahli parti, NGO dan masyarakat yang akan mengecam dan memaki hamun pihak polis dan pendakwaraya yang membuat pertuduhan ke atas tuan rumah sebagai zalim.
Sehinggakan hakim yang bersidang bagi mendengar kes ini juga dituduh zalim.

Ribuan pahlawan keyboards akan melaungkan zalim, zalim dan zalim ke atas pihak penguatkuasaan dan mahkamah kerana tuan rumah dituduh atas kesalahan membunuh pencuri.

Sepatutnya bagi mereka pembunuh adalah hero yang patut dijulang kerana membunuh pencuri.

Dalam keadaan media sosial menjadi ‘pendakwa, peguambela dan hakim’ yang membuat keputusan sudah tentu masyarakat akan membuat keputusan tanpa mengetahui cerita sebenar.

Hasilnya hampir semua komentar di laman sosial akan menghentam polis, pendakwaraya dan mahkamah kerana berlaku zalim kepada tuan motosikal.

Soalannya mana lebih zalim bila kita memberikan komentar berdasarkan andaian atau cerita di sebelah pihak tanpa mendapatkan cerita sebenar.

Sudah semestinya cerita sebenar akan ‘dipertontonkan’ kepada umum hanya di mahkamah apabila semua saksi saksi dipanggil untuk memberi keterangan.

Di sinilah kebenaran dapat dijelmakan oleh Mahkamah yang mulia.

Seorang Hakim akan membuat keputusan setelah menilai keseluruhan keterangan saksi saksi pendakwaraya dan keterangan tertuduh bersama saksi saksi pembelaan bersama sama bahan bukti yang telah dikemukakan di mahkamah.

Tepuk dada tanya selera

*************************************

Coretan Peguam (Siri 396) (Repost)

BUNUH

Saya pernah menulis mengenai tanggungjawab orang awam setelah berjaya menangkap pencuri/perompak/penyamun sebelum daripada ini.

Sebarang tindakan yang boleh mencederakan mereka terutama SELEPAS pencuri/perompak/penyamun ditangkap adalah sangat berisiko kerana pukulan pukulan oleh orang awam tidak lagi bagi tujuan mempertahankan diri kerana mereka telah berjaya ditangkap.

Penyamun/ Perompak/ Penyamun berkenaan sudah TIDAK LAGI memberi sebarang ancaman kepada mana mana pihak/orang awam yang mana Seksyen 96 dan 97 Kanun Keseksaan telah menggariskan ‘hak mempertahankan diri sendiri’.

Seksyen 99 (4) Kanun Kesiksaan bagaimana pun menyatakan bahawa tiada hak untuk mempertahankan diri jika melampaui daripada yang sepatutnya dan disengajakan.

Saya tertarik dengan kata kata Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27/12/2017 semasa mensabitkan ke lima lima tertuduh dengan hukuman mati di atas kesalahan membunuh.

“Tindakan ke lima lima tertuduh itu membatasi sifat murni kemanusian dengan mengambil undang undang di tangan sendiri. Kalau pun si mati dikatakan penyamun, tindakan alternatif adalah dibawa ke muka pengadian dan bukannya mengambil tindakan seolah olah se ekor harimau lapar membaham mangsa” kata YA Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Semoga kisah ini menjadi panduan kepada kita semua.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.

Semoga kita semua menjadi warganegara yang patuh dan hormat kepada undang undang yang ada.

Sekian.

Meskipun peguam telah tampil untuk memberikan penerangan dari hukuman tersebut namun netizen masih tidak berpuas hati dan berpendapat bahawa mahkamah lebih memihak kepada penyamun dan penyamun tersebut adalah punca kes ini berlaku dari awal dan tertuduh tidak mungkin melakukan pembunuhan tersebut tanpa sebab.

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*