Penduduk Harus Ambil Tahu. Rakaman Air Laut Tinggi Menghempas Pantai Di Selangor Dan Air Semakin Naik

Air Pasang Besar: Sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Selangor

Sebuah lagi pusat pemindahan mangsa banjir dibuka berikutan fenomena air pasang besar di Selangor, menjadikan empat pusat pemindahan beroperasi di negeri ini setakat ini.

Lagi video Di Bawah

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, pusat pemindahan yang baharu dibuka itu ialah di Masjid Attaufiqiyah Desa Coalfield, Kuala Selangor dekat sini.

“Pusat pemindahan itu dibuka awal pagi ini susulan hujan lebat sejak tengah malam tadi yang menyebabkan paras air naik sehingga enam kaki (1.83 meter) di kawasan perumahan penduduk.

“Seramai 24 mangsa dari sembilan keluarga yang tinggal di Kampung Sentosa, Kuala Selangor dipindahkan ke pusat pemindahan banjir berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Tiga pusat pemindahan lain ialah Surau Nurul Sham, Jalan Merbuk Batu 9 di Kuala Langat yang menempatkan 16 mangsa, Dewan Serbaguna Flat Cempaka, Klang (23 mangsa) dan Dewan Jalan Reko, Hulu Langat (17 mangsa).

Manakala pusat perpindahan di Dewan Teluk Pulai, Klang ditutup tengah hari semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, terdapat kejadian ban rebak dikesan di Kampung Sementa, Kapar, Klang, bagaimanapun tiada limpahan air memasuki penempatan penduduk.

“Selain itu, terdapat limpahan kecil air laut di permukaan jalan di perkarangan jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, namun keadaan masih terkawal.

“Di lain-lain kawasan pula, tiada limpahan air dikesan melepasi benteng atau ban sedia ada, dan keadaan dilaporkan terkawal berikutan cuaca pagi ini kembali cerah,” katanya.

Fenomena air pasang besar di Selangor yang berlaku sejak Isnin lepas dijangka berakhir petang ini. SUMBER : BERNAMA

Melaka dilanda banjir, tiga pusat pemindahan dibuka

banjir

Tiga pusat pemindahan banjir dibuka di Melaka berikutan hujan sederhana lebat berterusan dari pukul 6 petang semalam hingga 4 pagi ini yang turut mengakibatkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Effendy Ali berkata, tiga pusat pemindahan banjir yang dibuka itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bembam, Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin dan Balai Raya Kampung Seri Jeram di Alor Gajah.

“Setakat pukul 8 pagi ini, seramai 42 orang penduduk melibatkan sembilan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di SMK Seri Bembam, manakala tujuh orang penduduk daripada dua keluarga ditempatkan di SK Tehel.

“Balai Raya Kampung Seri Jeram pula menempatkan tujuh orang penduduk membabitkan dua keluarga,” kata Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, cuaca di seluruh negeri dilaporkan mendung dan hujan renyai di beberapa kawasan, namun sehingga kini tiada tanda menunjukkan paras air meningkat.

Katanya, agensi kerajaan termasuk Pejabat Daerah, APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Polis Diraja Malaysia sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan keadaan dari semasa ke semasa. – Bernama

Video Air Laut Naik Tinggi Di Pantai Morib Selangor

Pagi ini (12hb Oct) tular di media sosial beberapa rakaman video menunjukkan air laut naik tinggi di persisiran pantai Morib, Selangor.

Fenomena air pasang ini adalah satu kejadian biasa tetapi kali ini ianya agak berbeza apabila air yang naik memang tinggi dan berbeza dengan sebelum ini.

Semoga semua penduduk di kawasan sekitar mengambil langkah berjaga jaga dan bersedia sebarang kemungkinan.

By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*