Pelanggan Ini Sesak Nafas Dan Meeninggal Dunia Selepas Diberikan Thai Massage

Hajat mahu menikmati urutan tradisional Thailand bertukar menjadi trag3di apabila seorang pelancong dilaporkan meniinggal dunia selepas 10 minit diurut oleh tukang urut.

Kejadian itu berlaku di Pattaya, ketika maangsa dan rakannya berjalan-jalan di sekitar bandar itu.
an, lelaki terbabit mengadu kakinya terasa sakit lalu bercadang untuk pergi mendapatkan perkhidmatan tukang urut di pasar terapung.

Malangnya, baru 10 minit diurut, maangsa mengalami kesesakan nafas. Kejadian itu juga mengejutkan kakitangan pusat urut itu dan mereka cuba memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR) pada mangsaa. Tetapi tidak berjaya.

Setengah jam kemudian paramedik tiba di lokasi kejadian dan cuba menyelamatkan mangsaa. Akan tetapi mangsaa tidak dapat diselamatkan lagi.

Adik bongsu mangsaa mendakwa, abangnya terseliuh kaki ketika bermain bola sepak dengan rakan-rakannya sebelum mendapatkan rawatan dari doktor. Namun tiada sebarang perubahan yang memberangsangkan menyebabkan maangsa pergi mendapatkan khidmat mengurut.

Doktor mengesahkan maangsa meniinggalkan dunia kerana embolisme pulmonari yang disebabkan oleh pembekuan darah yang bergerak ke paru-paru-paru dari kaki atau bahagian tubuh lain seperti kakinya yang telah cedera sebelum ini.

Sementara itu, Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Tradisional Thailand berkata bahawa, mangsaa meninggaal dunia akibat diurut adalah sangat tipis iaitu kira-kira 0.01 peratus.

Pengarah Biro Pertubuhan Kesihatan, Dr Pattarapon Jungsomjatepaisal berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu termasuk sama ada pusat mengurut itu mempunyai lesen untuk beroperasi dan sijil kelayakan untuk memberikan perkhidmatan tersebut.

Tambahnya, tukang urut itu sepatutnya mengenal pasti tahap kesihatan pelanggannya sebelum memberi kata putus sama ada seseorang pelanggan itu boleh diurut atau tidak.

“Individu yang mengalami demam 38.5 darjah celcius, darah tinggi, patah tulang, diabetes tak terkawal, luka, osteoporosis dan kanser adalah tidak sesuai untuk mendapatkan perkhidmatan urut.

Balu kepada maangsa juga telah diberi sumbangan RM5,057 sebagai tanda bersimpati dengan kejadian yang menimpa maangsa.

SUMBER : The Reporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*