Pelakon Wafa Abdul Kadir men1nggal dunia. Al Fatihah

SELEPAS sekian lama menderita akibat penyakit kanser, pelakon Wafa Abdul Kadir akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 pagi Sabtu.

Beliau meninggal dunia di rumahnya di Tropicana, Petaling Jaya.

Berita kehilangan pelakon berusia 52 tahun itu disahkan oleh sahabatnya, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar.

Malah personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi turut berkongsi kesedihan itu.

“Jelas rancangan Allah di luar dugaan kita. Hari ini saya kehilangan Kak Long – Wafa Abdul Kadir saya. Dan hari ini jua saya akan menempuh hidup baru. Hebat sungguh dugaan Yang Esa. Saya sedih, namun Allah berikan jua kegembiraan. Sukar, namun itulah hakikatnya,” kata Ras Adiba.

Wafa yang juga pelakon Azizah The Legend menghidap kanser ovari dan peritoneal tahap empat.

Penyakit kanser ovarinya dikesan pada 2014 dan pada April 2015 beliau terpaksa membuang keseluruhan organ wanita iaitu ovari, tiub fallopio, rahim dan ormentum (lapisan yang menutup bahagian perut).

Selepas itu beliau sering berulang-alik ke Institut Kanser Negara, Putrajaya bagi mendapatkan rawatan.

Dia sudah menjalani 18 kali rawatan kemoterapi bagi mematikan sel kanser pada tahun 2016.

Wafa ialah anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Talib.

Wafa melalui tiga kali fasa perkahwinan dan suami terakhirnya ialah Tajul Faizal Tamimuddin yang berusia 53 tahun.

Allahyarham memiliki beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Artikel Berkaitan: Alami kesakitan kronik akibat kanser, pelakon Wafa di IKN

PELAKON popular era 1990-an, Wafa Abdul Kadir dimasukkan Institut Kanser Negara (IKN) sejak Selasa lalu bagi mendapatkan rawatan berkaitan kanser ovari dan peritoneal tahap empat.

Suaminya Tajul Faizal Tamimuddin, 53, berkata, Wafa mendapatkan rawatan bagi mengawal kesakitan selepas mengadu sakit perut yang kronik.

“Apa yang dia alami sekarang terbahagi dua iaitu kanser dan kesakitan.

“Doktor sedang mencari ubat dan kaedah untuk mengawal kesakitan yang dialaminya dahulu. Kemudian baharulah fokus kepada kanser,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon yang popular dengan filem Azizah The Legend dan drama Gerak Khas menghidap penyakit kanser ovari pada 2014 dan pada April 2015 beliau terpaksa membuang keseluruhan organ wanita iaitu ovari, tiub fallopio, rahim dan ormentum (lapisan yang menutup bahagian perut).

Dia kemudian menghidap kanser peritoneal tahap empat susulan daripada diagnosis pertama kanser ovari tersebut.

Pelakon itu sudah menjalani 18 kali rawatan kemoterapi bagi mematikan sel kanser pada tahun 2016.

Dalam pada itu, Tajul berkata, kemoterapi akan dilakukan selepas selesai rawatan mengawal kesakitan itu.

“Proses rawatan kanser seterusnya masih belum dilakukan, buat masa ini doktor beritahu mahu kurangkan rasa sakit yang dia alami.

“Wafa masih belum sedar dan di bawah pengaruh ubat. InsyaAllah, dalam seminggu ini buat rawatan itu dahulu,” ujarnya.

Sementara itu, Tajul menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang kuat dan tabah dalam melawan penyakit tersebut.

“Alhamdulillah, dia kuat dan tidak pernah berasa putus asa dengan penyakit ini. Dia sangat tabah,” ujarnya.

Untuk rekod Wafa ialah anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Talib.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*