Pasangan Izreen Azminda Dan Ude Akhirnya Buka Balik Semula Yang Ditutup Dahulu

PETALING JAYA: Hampir sebulan berehat daripada laman sosial, aktres sensasi Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid pada malam Khamis telah membuka semula akaun Instagram milik mereka.

Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam, 33, berkongsi gambar swafoto pertama kira-kira 10 jam lalu dan ia menerima 9,000 tanda suka.

“Smile things are working out (Senyum, semuanya sedang berjalan),” tulis pada kapsyennya.

Bagaimanapun, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu masih lagi menutup ruangan komen.

Sementara, suaminya Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid yang turut aktif sejak malam Khamis belum lagi berkongsi foto terbaharu mereka.

Pasangan ini mengambil keputusan menutup sementara laman sosial terbabit berikutan tidak tahan kecaman dan serangan netizen pada 2 Mac lalu.

Tindakan memadam akaun tersebut dipercayai berikutan kecaman dan kritikan yang diterima pelakon tersebut berikutan suaminya itu menceraikan isteri pertama iaitu Intan Liana Saleh.

Pada awal kisah perkahwinannya dengan pemuzik bebas tersebut terbongkar tahun lalu, Izreen telah mengambil pendekatan menutup ruangan komen di laman tersebut bagi mengelak netizen melemparkan kata-kata kesat kepadanya.

Justeru, disebabkan tiada pilihan untuk melepaskan kemarahan terhadap Izreen, netizen menjadikan akaun media sosial portal berita tempatan yang menyiarkan kisah rumah tangga mereka sebagai ruang melontarkan pendapat.

Ude dan Intan bercerai pada 22 Mac lalu

Ude memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Intan pada 28 Februari lalu.

Pasangan itu akhirnya sah bercerai talak satu pada pukul 9.50 pagi pada 22 Mac lalu. Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, tiga tahun, serta Ariq Muqri, satu tahun.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinannya terdahulu dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Artikel Berkaitan ..

Intan Liana Perlu Tambah Keyakinan Diri, Pesan Datuk Seri Aliff Syukri

Intan Liana Perlu Tambah Keyakinan Diri, Pesan Datuk Seri Aliff Syukri

Selepas mengumumkan jualan tudungnya meningkat hampir 50 peratus selepas mengambil bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh, Datuk Seri Aliff Syukri juga tidak menafikan ibu kepada dua cahaya mata itu merupakan seorang wanita yang baik, tetapi naif dalam masa sama.

Selepas mengumumkan jualan tudungnya meningkat hampir 50 peratus selepas mengambil bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh, Datuk Seri Aliff Syukri juga tidak menafikan ibu kepada dua cahaya mata itu merupakan seorang wanita yang baik, tetapi naif dalam masa sama.

“Saya bersama isteri ada berbual dan apa yang boleh saya cakap, saya melihatnya sebagai wanita yang baik dan naif. Dia juga tabah mengharungi ujian. Apa pun, saya taknak lah komen lebih-lebih mengenai kisah rumah tangga yang dihadapinya.

“Saya pun tak mahu kacau kisah perkahwinan orang lain dan saya pun bukan sempurna dan enggan menghakimi,” akui Aliff jujur.

Bagaimanapun, Aliff percaya Intan turut mempunyai aura dan potensi. Tingga lagi dia perlu bangkit untuk menguatkan nama seterusnya berusaha untuk mencari rezeki demi anak-anak.

Cabarannya mungkin agak kuat untuk dia. Dia ada aura dan potensi, tetapi terlalu naif. Harap dia boleh besarkan dua anak yang comel itu dengan sempurna, dan kalau diberi peluang dan rezeki saya tidak keberatan jadikan dia duta.

Tetapi dia perlu ubah diri dia untuk tambahkan keyakinan diri kerana dia boleh saya katakan terlalu naif,” kongsi Aliff yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya 3 April depan.

Minggu lalu, Aliff ada memuat naik sekeping gambar menerusi Instagram yang memberitahu dia bakal muncul bersama wanita berkenaan menerusi sebuah majalah. Malah, Aliff turut menulis, dia sedang cuba untuk ‘majukan’ Intan.

Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri via Media Hiburan

Sumber : GedebakViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*