Pakcik Ini Tidak Boleh Duduk Rumah Kerana Akan Menangis. Kisah Pakcik Ini Pasti Buat Anda Tersentuh

Seorang pengguna Facebook telah memuat naik kisah pakcik ini di dalam Group Facebook Anak Jati Muar.

Kisah yang diceritakan oleh Wan Mohd Shahrul Shahrul telah menyentuh hati netizen apabila mereka membaca kisah sedih ini. Begini kisahnya..

Assalamualaikum warga muar.saya cukup terkesan dgn cerita pakcik ni. Nasib baik saya bertegur pakcik ni semasa saya berniaga tadi.

Saya:pakcik tggl mane?

Pakcik:tggl melaka nak.

Saya:takkan pakcik naik basikal dr melaka.

Pakcik:pakcik kayuh basikal dr alor gajah sampai ke melaka. Dah sampai melaka pakcik naik teksi dtg muar bayar rm35 tambang.

Saya:pakcik nak cari sape kat sini?

Pakcik:pakcik tak cari sape2 nak pakcik tak boleh tggl kat rumah pakcik nanti asyik menangis je.

Saya:kenape?

Pakcik:isteri pakcik baru sahaja meninggal dik.

Saya:terus mata masuk habuk.anak pakcik berape org?

Pakcik:1orang je nak tggl kat kulim kedah. Dia ajak jgk duduk sana. Tapi anak pakcik ni kan perempuan yang mencari nafkah nye laki dia tak sedap pulak kan duduk sekali.

Saya:hbs tu pakcik tidur mane?

Pakcik:kat pondok masjid nak dah 10hari dah pakcik duduk sini. Nak duduk masjid melaka diorg tak bg. Hari tu ada 4 5org bangla dtg kat pakcik hulur kan pisau ambik duit pakcik hp pakcik semua. Skrg dah takde pape dah.

Mintak sedekah ni pun tgk dapat berape. Kadang2 tak mkn nasi sebab nasi pun harga mahal. Pakcik bli roti je nak sambil berlinangan air mata dia.

Saya:pakcik belum makan nasi lg.

Saya:ya Allah takpe pakcik. Nanti pakcik tggu kat pondok masjid saya g bungkus nasi tok pakcik. Sebelum sy bgks ada lah bg sedekah ckt untuk pakcik tu.

Kesian pakcik tu kalau ada sesape jumpa dia kat mane2 hulur lah duit rm10 ke sebab pakcik tu nak balik melaka tak cukup duit tambang.

Sekadar ape yang saya tahu dr pakcik tu. Sekarang nak bg nasi tuk dia tapi pusing2 kat masjid tak jumpa2 pulak.

Terima kasih pada yang bersedekah tadi kat pakcik tu.

Sumber Artikel: Wan Mohd Shahrul Shahrul via Anak Jati Muar.

Semoga pakcik dimurahkan rezeki dan dipermudahkan hidupnya. Insyallah..

Edited By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*