PADAH BERSIKAP KURANG AJAR, PEKERJA MCDONALD’S BELASAH PELANGGAN

Viral di media sosial video seorang kakitangan McDonald’s Las Vegas, Nevada, membelasah dan menghentak muka pelanggan dengan dulang besi selepas wanita itu membaling milkshake dan menghina ibunya, lapor Daily Mail.

Menurut seorang saksi kejadian, Marie Dayaq, sebelum kejadian itu berlaku, Erika Chavolla, 24, yang bekerja di McDonald’s Las Vegas mendakwa pelanggan berkenaan, Sabrinah Fontelar, 24 cuba meminta bekas minumannya diisi dengan air soda secara percuma.

“Perempuan itu minta cawan dan penyelia tutup mesin soda itu kerana enggan memberikannya air soda percuma, sebelum kedua-duanya bertengkar yang seterusnya membawa kepada pergaduhan besar,” katanya.

Berdasarkan video, Sabrinah terdahulu dilihat memprovok Erika untuk bergaduh selain menghina ibunya sebelum Erika datang dan Sabrinah terus mencampakkan milkshakenya dan memukul muka Erika dengan dulang besi.

Berang dengan tindakan Sabrinah, Erika terus mara dan menumbuk muka wanita itu berkali-kali, selain menarik rambut dan menghempasnya ke meja.

Penyelia restoran itu cuba meleraikan kedua-dua dari terus bergaduh, malangnya Sabrinah bertindak memukul penyelia berkenaan yang kemudian menerima balasannya apabila penyelia itu menyerang Sabrinah kembali.

“Mak aku hidup lagi! Hormat sikit kat mak aku!” kata Erika dalam video viral itu.

Selepas kejadian itu, Erika menjelaskan dia pada awalnya tidak berniat menyerang Sabrinah.

“Saya bukannya nak pukul dia. Tetapi bila dia nampak ada gadis besar datang ke arahnya, dia mula ketakutan. Sebab itu, jangan cakap apa-apa tentang mak saya,” katanya. Difahamkan, Erika masih bekerja di restoran berkenaan seperti biasa. Sementara itu, McDonald’s berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut.

Sumber daripada The Reporter / Empire Media Network

Artikel Menarik..

PENJELASAN MENGENAI CAHAYA PELIK BERPUTAR MUNCUL DI LANGIT.

Viral Video Cahaya Pelik Berputar Muncul Di Langit. Jawapan Saintis Buat Ramai KAGUM

Penduduk California gempar apabila muncul cahaya pelik di langit. Lebih mengejutkan lagi ada 2 lagi cahaya muncul dan berputar-putar di langit. Selepas buat siasatan, ini jawapan saintis buat ramai kagum. Subhanallah.

KEJADIAN YANG LUAR BIASA YANG DIPANGGIL FALLSTREAK
Video cahaya pelik ada di bawah artikel. Cahaya misteri muncul di langit California Utara dan menimbulkan tanda tanya ramai. Ramai netizen online yang bertanya tentang apa yang akan terjadi setelah kemunculan cahaya ini.

Bahkan tidak sedikit yang berspekulasi, cahaya ini muncul akibat kewujudan hidupan luar angkasa.

Cahaya di awan tersebut berbentuk seperti lubang. Dan dengan cepat tersebar di Twitter, Facebook, dan Instagram.

Kemunculan cahaya di langit Stockton tersebut, tidak mengganggu penerbangan tempatan. Ketika ini ramai yang hairan dengan apa yang terjadi di sana, bahkan fenomena aneh ini juga dikaitkan dengan petanda bakal berlakunya bencana.

Hasil Kajian Saintis – Fenomena Fallstreak

Namun, hasil kajian saintis keanehan cahaya di awan tersebut disebut sebagai lubang Fallstreak, iaitu kejadian di mana adanya kombinasi aneh dari daratan dan langit.

Fallstreak dimulakan dengan pembentukan cirrocumulus atau altocumulus yang sangat sejuk, sehingga mengumpul lebih banyak partikel di sekitarnya. Sehingga membentuk keanehan terhadap awan itu sendiri.

Bahkan, di lapisan tersebut terjadi kristal air, sehingga memantulkan cahaya yang berbeza ke bumi. Kejadian langit pelik ini boleh terjadi lama, bergantung keadaan cuaca ketika itu. Namun sampai saat ini belum ada keterangan lebih lanjut, bahkan dari pihak berkuasa tempatan. -AP

Adakah Pertama Kali Lihat Video Fallstreak Ni. Jom kita SHARE keajaiban kejadian alam ciptaan Allah ini.

Video 3 Cahaya Pelik Berpusing-pusing Di Langit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*