ORANG PIJAK KEPALA NAJIB,INI PESANAN PADU ZAHID HAMIDI KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Zahid: Bila Najib dah tak berkuasa, janganlah pijak kepalanya

PARLIMEN | Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk terus menghormati bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun beliau sudah tidak lagi berkuasa.

“Jika seseorang sahabat itu kini jadi miskin dulu kaya atau sahabat dulu berkuasa sekarang tidak lagi dalam keadaan itu harus dihormati.

“Dan dalam keadaan itu kalau berbeza pendapat sekali pun, ada kaedah-kaedah sahsiah yang baik untuk nyatakannya.

“Bagi saya janganlah pijak kepala seseorang apabila tengkuk telah berada di paras buah pinggang,” kata Ahmad Zahid kepada pemberita di luar Dewan Rakyat.

Beliau mengulas kenyataan bekas menteri Umno, Johari yang berkata Najib tidak patut dibenarkan berkempen di SUngai Kandis.

Najib yang juga bekas presiden Umno sedang berhadapan pertuduhan rasuah dan ia mungkin membawa tanggapan negatif terhadap Umno, kata Johari.

Selain itu, Johari juga berkata era bekas presiden Umno itu telah berakhir dan parti itu perlu mengorak langkah ke hadapan serta berubah selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Najib turun berkempen menyokong calon BN, Datuk Lokman Adam pada pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis.

Lokman tewas kepada calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

BUNG MOKTAR DEDAHKAN SATU RAHSIA TENTANG DIRI DIA APABILA DICABAR OLEH ANGGOTA PARLIMEN PUNCAK BORNEO WILLIE MONGIN. BUKAN BIASA BIASA RUPANYA BUNG MOKTAR

Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menasihatkan Anggota Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin supaya mencari orang yang selayaknya untuk diajak “berlawan” dan bukan dengan dirinya.

Katanya, sebagai ahli politik tugasnya adalah membangunkan masyarakat dan negara dan bukannya berlawan.

“Saya wakil rakyat, jiwa saya membangun rakyat dan bukan untuk berlawan di gelanggang.

CADANGAN BUNG MOKTAR KEPADA WILLIE

“Tetapi saya cadangkan dia (Willie) jumpa dengan (Manny) Pacquiao, dapat juga dia duitkan daripada bertinju kosong,” katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Bung merujuk kepada juara dunia weltwerweight Persatuan Peninju Dunia (WBA) yang memegang rekod tumbangan teknikal (TKO) sebanyak 39 kali.

Kali terakhir pada 9 Julai lalu, peninju dari Filipina itu menewaskan Lucas Matthysse secaraTKO dalam pusingan ketujuh dalam perlawanan yang diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Willie dalam ciapnya di Twitter semalam menyahut cabaran Bung untuk ‘berlawan’.

Ini selepas Bung Moktar semasa perbahasan isu pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat, semalam menyoal sama ada pemimpin PKR Sarawak itu mahu bergaduh dengannya.

Mengulas lanjut pemimpin Umno itu berkata beliau sedia untuk menyediakan gelanggang untuk Willie jika beliau benar-benar mahu berlawan.

“Kalau dia betul-betul dia nak bertinju, silakan. Saya akan sediakan dia gelanggang dan carikan dia pasangan untuk bertinju.

“Saya akan carikan dia peninju profesional seperti Pacquiao. Kalau tidak pun, kalau dia biasa bertinju di kampung dia baliklah kampung bertinju di sana,” katanya.

Bung Moktar juga menegaskan beliau mempunyai ilmu bela diri, sekali gus mampu mempertahankan diri jika keadaan mendesak.

“Insya-Allah, kalau untuk pertahankan diri saya ada (ilmu bela diri),” katanya.

SUMBER : Malaysia KINI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*