Motif Sebenar Mengapa Lelaki Ini Menye rang Masjid Didedahkan

Christchurh: Seorang lelaki yang dipercayai penye rang di dua buah masjid di bandar ini memberitahu dia melakukan serangan itu bagi mengurangkan jumlah pendatang asing dan sebagai membalas dendam terhadap rempuhan trak Stockholm, Sweden pada 2017.

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan sera ngan itu secara langsung di media sosial.

Sebelum masuk ke masjid dan melepaskan tem bakan terhadap jemaah yang sedang bersolat jumaat, penyerang itu turut memandang kamera sekali gus mendedahkan wajahnya.

Lelaki itu turut memuat naik 73 muka surat yang mengandungi alasan mengapa dia melakukan keganasan itu.

Memperkenalkan diri sebagai lelaki kulit putih biasa yang lahir dalam keluarga kelas pekerja dan berpendapatan rendah, suspek memberitahu dia memutuskan untuk mempertahankan masa depan orangnya.

Katanya, dia juga mahu membalas dendam atas kema tian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Ebba Akerlund yang terbvnuh dalam sera ngan rempuhan trak di Stockholm pada 2017.

Tarrant mendedahkan, dia sudah merancang serangan itu sejak dua tahun lalu dan tiga bulan lalu dia memutuskan untuk menyasarkan masjid di Christchurch.

Maklumat awal

Polis mengesahkan seorang lelaki ditangkap tidak lama selepas serangan itu tetapi tidak dipastikan sama ada suspek adalah lelaki dalam video berkenaan.

Maklumat setakat ini mengenai perkembangan Traagedi Solat Jumaat Christchurch, New Zealand:
Dua rakyat Malaysia, seorang bapa dan anak menjadi maangsa serangan

Bapa cedera dan berada dalam keadaan stabil, manakala anaknya yang berusia 17 belum diketahui statusnya

Insiden tem bakan rambang mensasarkan dua masjid, masjid Al Noor dan masjid Linwood di Christchurch

Terkini, jumlah kema tian 49 orang

Maklumat awal mengenai penyerang: berkulit putih, dipercayai berusia 30-an atau 40-an dan ekstremis berhaluan kanan

Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel menyifatkan situasi masih aktif dengan pihak berkuasa mengawal semua masjid

4 individu, seorang lelaki dan tiga wanita telah ditahan

PM New Zealand menyifatkan serangan sebagai ‘hari paling gelap buat NZ’
Polis telah meminta pengguna media sosial untuk tidak berkongsi video yang dipercayai menunjukkan salah satu penembakan dalam butiran grafik.

Jumlah korban dalam kejadian sera ngan pengga nas di dua buah masjid di New Zealand meningkat kepada 49 orang.

Pihak berkuasa New Zealand memberitahu, lebih 20 orang lagi dilaporkan cedera akibat ditem bak dan kini dirawat di hospital.

Angka kema tian juga dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang cedera itu berada dalam keadaan kritikal.

Penye rang bersenjatakan raifal automatik menyerbu dua buah masjid yang penuh dengan jemaah sebelum melepaskan temba kan rambang.

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial.

Polis Australia mengesahkan empat orang ditangkap kerana disyaki terbabit dalam sera ngan itu.

sumber: hmetro via rimbabara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*