Mengaku Telefon hilang di kelab malam, punca gambar mesra dengan Aliff Aziz tersebar

Pagi tadi, gambar-gambar panas yang didakwa pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz bercuumbu dengan seorang wanita telah tersebar di media sosial. Gambar tersebut terlihat seperti kedua-dua individu itu sedang berada di pusat hiburan. Tidak lama selepas gambar itu tular, wanita yang dipercayai adalah individu sama didalam gambar telah tampil membuat kenyataan menerusi Facebook Live. Dikenali sebagai Mei Fina, dia mendakwa bahawa gambar tersebut adalah gambar lama dan mereka berdua tidak pernah ada hubungan mesra sebelum ini.
“Terima kasih kerana viralkan gambar saya dengan Aliff. Tu gambar lama gila. kenapa nak kena naik sekarang? I dengan Aliff memang tak ada apa-apa hubungan.
Jadi korang tak payah nak komen macam-macam.”
“Betul telefon bimbit I hilang dekat kelab sebelum puasa. I tak pasti diorang ambil gambar ke apa lepastu baru sekarang nak viralkan.
Tapi tu semua dah basi. Korang pun tahu Aliff tu mamcam mana.” – Katanya.
Rata-rata netizen yang menonton Facebook Live model tersebut telah memberikan respon di ruangan komen. Ada juga yang seakan tidak mempercayai bahawa gambar-gambar tersebut adalah gambar lama seperti yang didakwa oleh model tersebut. Sumber : Mei Fina

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*