“Makin ramai pula janda s0ndol laki orang sekarang ni”- Suami Dirampas Janda Yang Dikenali Sebulan, Wanita Mengandung Murung Sampai Gugur

Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti merampas hak milik orang lain yang akan mengakibatkan persengketaan. Korang perasan tak lepas je kes seorang pendakwah menceraikan isterinya yang sarat mengandung demi mengahwini janda tular, muncullah bermacam-macam kes yang hampir serupa. Kes suami curang demi nak kahwin janda, atau kes janda rampas suami orang atau yang sama waktu dengannya. Suami kenal janda sebulan, ceraikan isteri yang tengah mengandung sampai… Sama juga dengan kisah seorang wanita ini yang diceraikan suaminya demi seorang janda yang baru dikenali selama sebulan. Lebih teruk lagi disebabkan kes tersebut, wanita ini juga kehilangan anak dalam kandungan. Ikuti perkongsian pengguna twitter ni. Bagaimanapun status wanita ini telah dipadamkan di facebook, namun perkongsian pengguna ini di twitter menjadi tular dan sehingga kini mendapat lebih 11k retweets. Demi Allah aku takkan maafkan korang berdua sampai mati!! Dari aku mengandung sampai aku kehilangan anak aku disebabkan bangsat dua ekor ni! Menurut cerita daripada wanita yang dikenali sebagai Mira ini, suaminya mengenali janda tersebut baru sebulan namun lelaki itu sanggup menceraikannya demi janda tersebut. Malah lebih teruk lagi, difahamkan kandungannya turut gugur akibat terkesan dengan kejadian tersebut. Sumber : Twitter Malah foto janda tersebut bersama suaminya turut disertakan dalam posting tersebut, kalau tengok gambar tersebut memang macam pasangan suami isteri..mesra habis Sumber : Twitter Namun rata-rata netizen mengecam tindakan janda tersebut yang seakan tiada perasaan merampas laki orang, sama dengan suami wanita tersebut yang sanggup ceraikan isterinya demi janda yang dikenali sebulan. Jadi manusia biar berakal! Noktah.

‘Orang Ketiga’ Perosak Rumah Tangga Boleh Didakwa & Dipenjara

Orang ketiga yang mengganggu kebahagiaan rumah tangga pasanagan suami isteri sehingga membawa perceraian boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana ia satu kesalahan jenayah. Sehingga kini, semua jabatan negeri sudah mempunyai undang-undang ini dan semua pihak boleh mengambil tindakan dengan membuat aduan bersama bukti kukuh, lapor Harian Metro. Statistik penceraian meningkat setiap tahun dan sebahagian daripadanya adalah berpunca daripada orang ketiga. “Undang-undang ini sudah ada tetapi tidak dikuatkuasakan. Mungkin orang awam tidak tahu mengenai undang-undang itu atau bukti yang lemah menyebabkan pendakwaan tidak dapat diteruskan,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang. Suami atau isteri yang menjadi mangsa perceraian disebabkan wujud campur tanggan atau gangguan pihak ketiga dinasihatkan supaya membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam negeri. Tambahnya lagi, orang ketiga ini terdiri daripada sesiapa saja yang bertanggungjawab meruntuhkan sesebuah institusi rumah tangga. Pihak yang menjadi mangsa perlu menyimpan dan menyerahkan apa saja bukti seperti SMS, sebarang kiriman pesanan sama ada melalui telefon, laman sosial, bukti bergambar kepada pihak penguatkuasa agama untuk siasatan. Mengikut Seksyen 36, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, ‘orang ketiga’ tersebut boleh dipenjara tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*