‘Maafkan Ibu Ye Sayang..’ – Gara-Gara Makan Ubat Terlalu Banyak, Anak Dalam Kandungan MeninggaI Dunia

‘Maafkan Ibu Ye Sayang..’ – Gara-Gara Makan Ubat Terlalu Banyak, Anak Dalam Kandungan Meningggal Dunia Ujian kehilangan anak tersayang merupakan satu ujian yang sangat sukar untuk ditelan. Lebih-lebih lagi apabila kita belum sempat untuk bermain dan menatap wajahnya. Seperti perkongsian ibu ini yang kehilangan anaknya yang berusia 18 minggu. Bayangkan saat hari terakhir anaknya disemadikan, dia tidak berpeluang untuk menghantar buat kali terakhir kerana masih di wad. Sebaknya. Tak puas kucup adik Makan ubat terlalu banyak kerana asma Rindu ibu tiada titik noktah Duhai bidadaraku, Wangianmu semerbak haruman syurgawi. Tiada tertanding walau selaut haruman kasturi dihamparkan. . Sungguh. Ibu tidak pernah merasa puas mengucup adik yang sudah terbaring kaku di dalam balutan kain kafan itu. Maafkan ibu ya sayang, kerana ibu tidak dapat bersama untuk menghantar adik ke liang lahad buat kali terakhirnya tika itu. . Masih segar di dalam ingatan ibu. Hujan lebat mengiringi adik, sewaktu ayah bawa adik ke rumah untuk disemadikan. Seolah-olah dunia juga turut bersedih di atas pemergiaan adik. Allahu… . Hanya air mata peneman setia. Hanya rintihan hati pengubat duka. Hanya kekuatan sahaja yang ibu pinta dari-Nya. . Saat adik disemadikan, ibu masih di katil wad untuk dirawat. Tangisan bayi-bayi lain yang baru lahir, memecah kesunyian. Ibu tak kuat! . Ya Allah. Tidak semena kenangan itu kembali menerpa di sudut memori ini. . Terimbas setiap detik yang berlaku. Bagaikan mimpi, walaupun sudah setahun ianya berlalu. Rasanya seperti baru semalam adik masih berada di dalam rahim ibu ini. . Maafkan ibu juga. Asbab ibu makan ubat terlalu banyak, buat adik tidak dapat bertahan lagi. Tapi ibu tahu adik kuat semangat. Sebab adik sama-sama bertarung nyawa dengan ibu, saat ibu dimasukkan tiub di dalam badan akibat serangan Asma dan duduk di ICU selama 3 hari, iaitu 2 bulan sebelum adik dijemput Illahi. . “Adik, ibu sangat rindukan adik!!!!!!” . Hanya seketika cuma, adik dipinjamkan buat kami. Belum sempat untuk kita bersua muka di alam fana, nyawa adik sudah pun dipulangkan kembali di usia adik 18 minggu. . Allahuakbar! . “Sabar ya ibu. Kita mesti redha dengan apa jua ujian yang diberi. Ibu mesti kuat!” kata suami yang tidak putus memberi kata semangat. . Ya. Aku adalah insan lemah yang tidak punyai apa-apa. Belum cukup kuat untuk aku bangkit, seusai dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, dua bulan sebelum itu. Bagaikan mati hidup kembali. Tiba-tiba, diuji lagi dan adik pergi selamanya meninggalkan kami. . Sesungguhnya Allah tiupkan kekuatan melalui ujian-ujian yang datang. Allah tangguhkan sesuatu untuk didik sabar. Allah ambil sesuatu untuk didik redha. . Sampai satu masa, Allah pasti akan beri sesuatu sebagai ganjaran. Saat itu, kau akan mensyukuri dengan apa yang Allah aturkan ini, tenanglah. Sungguh, Allah menyukai orang yang sentiasa sabar. . Dan Allah Ta’ala berfirman: وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.” (Muhammad:31) . Namamu cukup indah. Muhammad Adam Bin Mohd Hairil nama diberi. Cukup sifat dan anggota badan yang Allah kurniakan untuk adik. Ibu dan ayah redha dengan segala ketentuan-Nya. . Rindu ibu juga tiada titik noktah. Telah ibu titipkan kisah kita ini di dalam “Sisipan Terakhir”, buku antalogi misi muhasabah diri Bercakap dengan Cermin iaitu “U-TURN KE SYURGA” agar terpahat sebuah memoir terindah buat kita. . Alhamdulillah. Allah beri ujian, sebab Dia sayang. Rupanya memang ada ibrah dan seribu hikmah tersembunyi yang Allah ingin hadiahkan buat ibu. . Buat bidadaraku, Tunggu ibu ayah di pintu Syurga ya! #BDC #U_turnkeSyurga Sumber : Mazlinda Mohd Sahar VIA celotehsaje

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*