Lelaki Ini Datang Untuk Membeli Casing Phone Tetapi Tidak Dijual Dan Dia Bertindak Baling Buku Ke Arah Pekerja. Bila Disiasat Rupa Rupanya Lelaki Itu

Kejadian ini berlaku di salah sebuah kedai telefon di kawasan Muar, Johor. Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki masuk ke dalam kedai telefon untuk bertanyakan sesuatu. Tiada audio di dalam rakaman CCTV tersebut.

Menurut pemilik asal video ini (dijangka pemilik kedai tersebut) dia memuat naik video CCTV ini apabila pekerja dia dikasari oleh lelaki tersebut. Ini status daripada lelaki itu.

Perhatian budak in. pada 27-7-2018, masa 1.11pm. budak ini dtg ke kedai i tanya pasal casing phone.tetapi pekerja i cakap barangnya tak ada dan dia tak puas hati. lepas tu terus ambil buku kat meja baling ke perkerja i. harap semua facebook member blh tolong cari budak ini.

Video ini mendapat hampir 2500 perkongsian di facebook dan beribu komen yang telah diberikan. Netizen membuat andaian tidak adil jika tidak mendengar dari kedua belah pihak.

Terdapat juga andaian dari netizen bahawa lelaki itu sebenarnya OKU dan jika dilihat melalui rakaman CCTV tersebut pekerja tersebut seperti ketawa kepada lelaki itu dan selepas itu dia dibaling buku.

Terdapat beberapa pendapat tentang video ini tetapi ramai yang mengatakan nasib baik buku di atas kaunter kedai, jika objek keras yang dibaling akan menjadi kes lebih teruk.

GAMBAR KECEDERAAN PEKERJA TERSEBUT

UPDATE TERKINI

Menurut pemilik kedai tersebut lelaki yang membaling buku itu sudah ditangkap dan ibu bapa kepada lelaki itu telah datang berjumpa dengan pemilik kedai untuk meminta maaf. Kes selesai menurut pemilik kedai itu.

Tiada kecederaan serius terjadi dan masalah telah selesai. Tiada apa apa update dari pihak lelaki itu sendiri dan pemilik kedai sudah pun memaafkan lelaki tersebut.

Video Penuh

By: KL Viral/eE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*