Lelaki Ini Ceritakan 10 Tahun Lepas Dia Pernah Buat Aduan Tentang Pencemaran Sungai Kim Tetapi Tidak Diambil Tindakan

Polis Johor telah menjalankan siasatan berhubung kejadian pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, dekat Pasir Gudang yang berlaku pada 7 Mac lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, siasatan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 278 Kanun Keseksaan iaitu menjadikan udara berbahaya kepada kesihatan.

Menurutnya, siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 284 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai berkenaan dengan benda beracun.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini, agar tampil membantu siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Khalil berkata, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superitendan Nurul Bazilah Jaafar dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau hotline Polis Johor di talian 07-2212999 atau hotline IPD Seri Alam iaitu 07-3864222

Sumber : Sinar Harian.

10 tahun yg lepas puas aku membela nasib sungai kim

10 tahun yg lepas puas aku membela nasib sungai kim2, masa tu tiada lagi sistem aduan melalui laman web kecuali menggunakan email. Didalam email pelbagai luahan aku coretkan sampai lah dpt berjumpa dgn pengawainya. Apa yg anda katakan pada aku waktu itu kenapa tk mengikut saluran yg betul, mana taknya aku tanya korang tk jawab jadi aku terus ke hq putrajaya. Last2 aku pula yg rasa bersalah.. 

Semua maklumat aku dh bg lengkap pada waktu itu termasuklah kesan sagnifikan terhadap manusia dan hidupan laut. Bagi aku apa yg berlaku skrg adalah disebabkan sikap yg tidak proaktif dari badan yg bertanggung jawab. Skrg korang blh saksikan sendiri apa yg terjadi di sungai kim2 serta tahap pencemarannya.

Bahan buangan terjadual tu bang kena dispose kat kualiti alam.. SW tu bermaksud schedule waste, dulu tk jadi skrg baru jadi sbb berlakunya tindak balas bahan kimia. Org yg buang tu dah tentu tk tau dan sbb diaorg pun kuli yg mungkin buta kayu, tp yg tau pun buat tak tau.. Dulu aku bg tau sbb aku tau yg korang tkde kesedaran sampai ketahap ini, sbb korang tak duduk sini dan tak nampak perubahan dia..

Apapun tahniah kpd yg terlibat waktu tu, skrg cubalah buat sesuatu kot2 masih belum terlambat.. Ntah berapa tan ada dlm sungai tu maklumla 10 tahun nya cerita. Hidupan marin pun masih ok lagi kat sana masih ramai katanya.. Dah jd mcm Bhopal Disaster baru blh dijadikan cth sejarah alam sekitar dimasa akan dtg.. Aku blh cerita lebih panjang dan lebih bnyak fakta tp cukup setakat ini utk korang sedar, kata org jgn keruhkan lagi keadaan..

#NelayanTua

Sumber : Zulkanain Hashim

Via : KLViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*