Larangan Merokok Berkuatkuasa 1hb Jan 2019. Cara Mereka Mengira Jarak Selamat Rokok Mencuit Hati Netizen

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Bermula 1 Januari 2019, semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, adalah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.

Larangan itu adalah mengikut pindaan pewartaan tempat makan di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004), bertujuan melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi maksud pindaan pewartaan itu, orang ramai diminta tidak merokok di semua tempat makan termasuklah di dalam dan luar bangunan kawasan kedai makan, restoran dan juga medan selera.

Tambahnya, larangan itu juga meliputi semua gerai-gerai makan dan kenderaan bergerak yang menyediakan kemudahan meja dan kerusi untuk makan dan minum serta semua restoran yang berada di atas kapal dan keretapi.

Jelasnya lagi, semua pemilik, pengusaha atau tuan punya permis atau kenderaan bergerak perlu memastikan tanda larangan merokok jelas diletakkan di tempat yang boleh dilihat dan mengambil langkah-langkah bagi memastikan tiada orang yang merokok dengan tidak menyediakan kemudahan untuk merokok seperti bekas abu rokok.

“Ia juga bertujuan untuk membudayakan amalan tidak merokok dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan menghadkan kawasan yang dibenarkan merokok terutama di kawasan tumpuan orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Merokok

Gambar Hiasan – Ehsan Utusan Online

Di bawah Peraturan 11 PPKHT 2004, mana-mana individu yang melakukan kesalahan merokok di tempat larangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, manakala di bawah Peraturan 12, semua pemilik, pengusaha atau tuan punya permis atau kenderaan yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok yang jelas boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Bagi kesalahan gagal memastikan tiada orang merokok dan menyediakan kemudahan untuk merokok boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun.

Kata Dr. Noor Hisham, pihak kementerian memohon kerjasama dan komitmen semua lapisan masyarakat agar memainkan peranan sewajarnya bagi memastikan peraturan itu dipatuhi.

“Kementerian sentiasa komited bagi memastikan orang awam terutama kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua sentiasa dilindungi daripada bahaya asap rokok dan produk merokok yang lain,” katanya.

Sumber Artikel : Utusan Online

Gelagat Lelaki Mengukur Jarak Selamat Untuk Mereka Merokok Menjelang 2019

Menurut Boon Chye, jika perokok ingin merokok, mereka perlu melakukannya sekurang-kurangnya 3.05 meter dari premis makan dan restoran.

Jenuh la nak bawak pita ukur dalam poket hari hari .. hahaha!

Notakaki: Jadi sebelum hisap rokok,pandang pandang la keliling .. lebih bagus berhenti je rokok .. rokok ni haram .. tau ke tidak sebenarnya .. hehehe!2

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*