Kucing Ini Dicampak Ke Dalam Kolam Yang Penuh Dengan Buaya Dan Apa Yang Terjadi Selepas Itu Memang Menyedihkan

Dalam dunia ini memang ramai manusia yang tidak berfikiran waras. Apa benda yang mereka lakukan selalunya tidak fikir 2,3 kali dan mereka rasa apa yang mereka lakukan samada adalah perkara yang betul atau hanya suka suka untuk hiburan. Mereka tidak fikir apa akan terjadi selepas itu.

Video Laporan Media Antarabangsa Tentang Kucing Ini Berada Di Bawah

Lelaki Campak Kucing Dalam Kolam Buaya

Video ini telah tular pada tahun 2015 dan ianya amat menyedihkan. Bayangkan seekor kucing terpaksa bertarung nyawa untuk selamatkan diri dia daripada dibaham buaya ganas.

Rakaman yang mengejutkan di Peru yang menunjukkan seorang pemuda melemparkan kucing ke dalam kolam yang di penuhi buaya. Kedengaran mereka ketawa selepas melemparkan kucing itu.

Menurut berita antarabangsa, 2 lelaki sebenarnya bertanggungjawab diatas insiden ini.

Kucing yang ketakutan cuba keluar dari kolam berkenaan dan berjaya sampai ke darat. Tetapi buaya terus memburu kucing tersebut membuatkan kucing itu melompat cuba memanjat pokok yang mengelilingi kolam itu.

Kucing yang malang itu tidak bernasib baik kerana buaya berjaya menangkap kucing tersebut dan mengheret kucing ke dalam kolam itu. Amat menyedihkan wujudnya manusia berperagai kejam seperti ini dalam dunia ini.

Tetapi sehingga kini mereka tidak dapat mengenal pasti siapakah 2 lelaki yang tidak bertanggung jawab itu.

Memang banyak kes kes yang melibatkan penderaan binatang dan negara kita baru baru ini juga ada kes tentang kucing dalam mesin dobi. Janganlah kita buat perkara yang tidak sepatutnya kepada binatang. Tiada apa yang kelakarnya.

By: KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*